Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

para wanita itu memerlukan penjagaan & perhatian

2 tahun yang lalu
baca 4 menit
Para Wanita Itu Memerlukan Penjagaan & Perhatian

Para Wanita Itu Memerlukan Penjagaan & Perhatian

Asy-Syaikh Ahmad bin Abdul Halim رحمه الله berkata:
“Allah سبحانه وتعالى berfirman tentang Maryam:

فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٖ وَأَنۢبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنٗا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّاۖ

“Maka Dia (Allah) menerimanya dengan penerimaan yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik dan menyerahkan pemeliharaannya kepada Zakaria.” (Ali-Imran: 37)

Maka jika Maryam saja memerlukan orang yang memelihara serta menjaganya sampai-sampai mereka berundi untuk memeliharanya, apalagi selain beliau dari para wanita (lebih memerlukan penjagaan). Masalah ini makruf dan diketahui terbukti dengan pengalaman bahawa wanita memerlukan penjagaan dan perhatian yang itu tidak diperlukan oleh anak kecil. Maka semakin wanita itu terjaga dan tertutup maka hal itu semakin baik baginya, oleh kerana itu;
• Pakaian wanita yang syar’i adalah pakaian yang menutupi tubuhnya.
• Dan Rasulullah ﷺ melaknat wanita yang menggunakan pakaian lelaki.
• Rasulullah ﷺ juga sebutkan kepada Ummu Salamah saat menggunakan kerudungnya/tudungnya (ertinya), “Satu ikatan, jangan dua ikatan (agar tidak menyerupai imamah lelaki).” (HR Ahmad dan Abu Dawud).
• Rasulullah ﷺ juga bersabda (ertinya, “Dua golongan dari penghuni neraka yang aku belum melihat mereka iaitu para wanita yang berpakaian namun telanjang, para wanita yang menyimpang dari ketaatan kepada Allah dan mengajak wanita lain untuk melakukan hal serupa, di kepala mereka ada yang menyerupai bonggol unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium aromanya. Dan orang yang memegang cemeti seperti ekor lembu untuk memukul hamba-hamba Allah”.
• Dan juga Rasulullah ﷺ memerintahkan wanita saat solat untuk merapatkan tubuhnya dan tidak melebarkan anggota tubuhnya.
• Demikian pula saat ihram, wanita diperintahkan untuk tidak mengeraskan suaranya ketika talbiyah kecuali sebatas didengar oleh yang disampingnya.
• Demikian pula saat sa’i, wanita tidak perlu naik ke Bukit Safa dan Marwa. Semua itu demi menjaga dan memelihara kehormatannya.
• Wanita pula dilarang safar kecuali bersama suami atau mahramnya. Demikian kerana wanita memerlukan penjagaan walaupun dia telah dewasa, berumur dan berpengetahuan apalagi ketika dia masih muda belia saat mencapai usia di mana syahwatnya sedang bergejolak dan dia mudah untuk tergiur dan tergoda, sebagaimana tersebutkan di dalam riwayat Umar:

إِنَّمَا النِّسَاءُ لَحْمٌ عَلَى وَضَمٍ إِلَّا مَا ذُبَّ عَنْهُ

“Wanita hanyalah seperti daging di atas kayu/alas kecuali yang dijaga.” (HR Hisyam bin Ammar 248).

Wanita diserupakan dengan daging di atas kayu/alas kerana lemahnya, di mana dia tidak akan menolak siapapun yang mendekat lalu mengambilnya, kecuali ketika dijaga dan dilindungi. (An-Nihayah Ibnu Atsir 5/432).”
(Majmu Fatawa 34/130)

فاللهم احفظ واستر نساءنا

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf