🔗 Silsilah Bukti-Bukti Penyimpangan-Penyimpangan Syiah Dari Agama Islam (Bahagian 2)
🔥Para Sahabat Menurut Agama Syiah🔥
☝🏼Muhammad bin Ya’cub al-Kulaini meriwayatkan secara dusta atas Abu Ja’far Muhammad bin Ali al-Baqir, bahawasanya beliau berkata, “Manusia telah murtad setelah wafatnya Nabi kecuali tiga orang.” Beliau ditanya, “Siapakah ketiga-tiga orang itu?” Beliau menjawab, “Miqdad bin Aswad, Abu Dzar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.” (Al-Kafi 12/321-322, beserta Syarh Jami’, karya al-Mazindarani)
👊🏼 Bahkan, ketiga-tiga sahabat Nabi tersebut tidak pula selamat dari celaan kaum Syiah. Mereka meriwayatkan secara dusta atas Ali bin Abi Thalib, bahawasanya beliau berkata, “Seandainya Abu Dzar mengetahui isi hati Salman, nescaya dia akan membunuhnya.” (Rijal al-Kisysyi, hlm. 17)
⚡Kaum syiah menyebutkan hadits palsu bahawa Nabi bersabda, “Wahai Salman, kalau ilmumu diberikan kepada Miqdad, nescaya dia akan menjadi kafir. Wahai Miqdad, kalau ilmumu diberikan kepada Salman, nescaya dia akan menjadi kafir.” (Rijal al-Kisysyi, hlm 11)
📂 (Buku Poket Al-Ilmu, Edisi Khusus 1436H/2015M, Tinjauan Singkat & Fatwa Ulama Ahlus Sunnah Tentang Syiah)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: thoriqussalaf