Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

orang yang bermaksiat juga membenci tokoh ahlul bid’ah

20 hari yang lalu
baca 2 menit
Orang Yang Bermaksiat Juga Membenci Tokoh Ahlul Bid’ah

Orang Yang Bermaksiat Juga Membenci Tokoh Ahlul Bid’ah

• Al-Imam Ibnu Bathoh رحمه الله berkata, “Sebahagian dari para pecinta ulama Sunnah, seperti (kisah) dari kalangan orang awam yang terbiasa hadir dan duduk di majlis al-Imam Barbahari رحمه الله. Ada di antara mereka itu seorang pemabuk. Suatu hari dia lalu di hadapan seorang tokoh Ahlul Bid’ah, lalu tokoh Ahlul Bid’ah ini mencelanya dengan mengatakan:

“Mereka ini adalah Hanbali (pengikut mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal رحمه الله).”

Maka dalam keadaan mabuk orang tadi menjawab dengan mengatakan:

“Hanbali itu ada tiga jenis:
– yang pertama Ahli Zuhud yang mereka itu (banyak) puasa dan solat.
– yang kedua para penuntut ilmu yang mereka itu (banyak) menulis dan belajar.
– dan yang ketiga adalah tukang pukul yang mereka itu memukul setiap musuh atau lawan, iaitu orang-orang seperti dirimu.

Kemudian pemabuk itu langsung memukul tokoh Ahlul Bid’ah tersebut.” (Thobaqot 2/43, Manhaj Ahmad 2/37)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf