️ Niat Untuk Berpoligami
• Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, “Barang siapa yang berpoligami hanya kerana ikut-ikutan orang atau sekedar untuk berbangga-bangga, maka itu niat yang buruk dan tercela. Hal itu kerana wanita bukanlah pakaian. Di mana jika ada yang menggunakan pakaian bar, dia pun ikut menggunakan pakaian baru. Namun wanita adalah kehormatan dan dia memiliki haknya.
Namun barang siapa yang berpoligami dalam rangka menghukum (mendidik) isterinya, maka itu tidak mengapa, kerana sebahagian wanita tidak ada yang dapat membenahi dirinya kecuali wanita (dipoligami). Oleh kerana itu orang dahulu mengatakan, “Hukumi (benahi) wanita dengan wanita”.
Banyak para isteri yang nusyuz (ingkar) tidak menunaikan hak-hak suaminya, maka sang suami ingin menenangkan dirinya dengan berpoligami. Ketika telah dipoligami ada diantara isteri itu yang kemudian menjadi baik dan istiqamah, ada pula yang kemudian malah bertambah nusyuznya, maka sang suami dapat menceraikannya dan mengembalikannya kepada keluarganya.
Yang jelas seorang suami menghukum (mendidik) isterinya dengan berpoligami itu boleh dan tidak mengapa. Ada pun berpoligami hanya kerana ikut-ikutan atau berbangga-bangga, maka jangan.” (Al-Liqoo Syahri 12/76)
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf