Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

mengapa manusia merasakan syariat itu berat

5 tahun yang lalu
baca 3 menit
Mengapa Manusia Merasakan Syariat Itu Berat

🌴🍂 Mengapa Manusia Merasakan Syariat Itu Berat

☝🏼Ibnu Wazir رحمه الله berkata, “Jika syariat itu mudah, maka bagaimana dengan makna hadits:

‘Syurga itu dipenuhi dengan hal-hal yang berat.’?

Hal itu kerana jeleknya jiwa manusia menganggap kebaikan walaupun mudah terasa berat, hal itu kerana dia kurang senang serta tidak terbiasa dengan kebaikan.

Bukan kerana syariat itu yang berat atau sulit. Kerana jika seandainya kesulitan itu ada pada syariat nescaya itu akan berat bagi siapa pun dan dalam keadaan apa pun.

Oleh kerana kesulitan dan keberatan dalam ibadah ada pada faktor pendorong dan penghalangnya. Sebagai bukti anda lihat orang yang tidak solat bersemangat dalam mengerjakan amalan yang bahkan lebih berat dari solat.

Boleh jadi pula keberatan semua dalam amal ibadah disebabkan oleh:
1. Kerasnya hati
2. Banyaknya dosa
3. Kurang melatih diri (untuk ibadah)
4. Terbiasa malas

Bukankah anda tahu qiyamul layl (tahajud) cukup berat bagi orang, sementara mereka dengan mudah dan sukacita mampu bersengkang mata (bergadang) untuk majlis undangan makan atau samar (muzik) atau safar di malam hari (atau menonton bola, -pen.)?!

أما علمت أن حب المعالي يرخص الغوالي
ويقوي ضعف القلوب على الصبر للعوالي

Tidakkah engkau tahu bahawa mengharap kemulian menjadikan yang mahal murah
serta menguatkan lemahnya kalbu untuk bersabar demi meraih kemuliaan.”

(Ar-Rawdlul Basim 34)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf