Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

mengapa ahlus sunnah memberikan perhatian besar terhadap tauhid?

7 tahun yang lalu
baca 3 menit
Mengapa Ahlus Sunnah Memberikan Perhatian Besar Terhadap Tauhid?

🕋📖 Mengapa Ahlus Sunnah Memberikan Perhatian Besar Terhadap Tauhid?

❓Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله berkata, “Terkadang ada orang yang bertanya dan pertanyaan ini sungguh telah terlontar: “Kenapa kalian selalu memberikan perhatian yang besar terhadap permasalahan tauhid, dan sering sekali berbicara tentang permasalahan ini. Kalian tidak mengangkat berbagai persoalan yang dialami kaum muslimin dewasa ini yang dibantai dan diusir dari persada bumi ini. Mereka terus dihantui oleh negara-negara kafir di setiap tempat?”

✅ Dengan memohon taufiq dari Allah, kami tuturkan: Tauhid adalah prinsip yang dibangun di atasnya Millah Hanafiyyah (agama Islam yang lurus), memberikan perhatian yang besar terhadap prinsip ini bererti memberikan perhatian terhadap perkara yang sangat penting. Jika kita hayati Al-Qur’anul Karim, kita akan dapati bahawa Al-Qur’an benar-benar telah memberikan penjelasan tentang perkara tauhid ini dengan penjelasan yang sempurna, sehingga tidaklah ditemui satu surah pun di dalam Al-Qur’an kecuali di dalamnya mengandung tauhid, menjelaskannya, dan melarang dari lawannya (iaitu syirik)…

📖 …Al-Qur’an secara keseluruhan berkisar di atas perkara tauhid. Jika engkau memperhatikan dengan seksama surah-surah Makkiyah (yang diturunkan sebelum Hijrah ke Madinah), maka engkau akan mendapati bahawa majoriti surah-surah tersebut berbicara tentang tauhid, kerana Nabi menetap di Makkah selama 13 tahun lamanya, baginda terus menerus mengajak kepada tauhid dan melarang dari kesyirikkan. Tidaklah diturunkan kepada baginda kebanyakkan dari kewajipan-kewajipan agama seperti zakat, puasa, haji dan hukum-hukum yang berhubungan dengan muamalah melainkan setelah beliau hijrah ke Madinah, kecuali ibadah solat, kerana ibadah ini telah difardhukan kepada baginda di Makkah pada malam dimi’rajkan (diangkatnya) Rasulullah ﷺ ke langit. Akan tetapi, ini pun terjadi tidak berselang lama sebelum hijrahnya Nabi ke Madinah…

…Demikianlah keadaan para Rasul. Iaitu mereka memulakan dakwahnya dengan tauhid. Demikian pula pengikut para Rasul iaitu para juru dakwah dan orang-orang yang berupaya memperbaiki keadaan umat. Prinsip pertama yang mereka utamakan adalah asas tauhid, kerana setiap dakwah yang tidak dibangun di atas tauhid adalah dakwah yang gagal.”

📂 (Terjemahan Kitab Durus Min Al-Qur’an Al-Karim, karya asy-Syaikh Dr. Shalih Fauzan al-Fauzan, terbitan Daar Ibnu ‘Abbas)

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf