🌼🌸 Makna Sebenar Zuhud & Kaitannya Dengan Sifat Al-‘Affaf Serta Al-Ghina (Bahagian 2 – Akhir)
☝🏼Para Salaf mengatakan, “Jangan kau bersaksi atau menyatakan untuk seseorang bahawa dia adalah seorang yang zuhud, kerana zuhud yang hakiki adalah apa yang ada di hati seseorang.”
▪Sahabat seperti Abu Bakr, Umar al-Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, mereka adalah orang-orang yang kaya, namun mereka adalah imamnya ahli zuhud. Tidaklah bermakna mereka kaya, mereka itu tidak zuhud, kerana zuhud itu adalah apa yang ada di dalam hati.
💎 Ibnu Rajab al-Hambali رحمه الله berkata, “Barangsiapa yang merealisasikan keyakinan yang kukuh terhadap Allah, percaya penuh kepada Allah, dalam segala urusannya, dia juga redha terhadap apa yang Allah takdirkan untuknya, terputus dari ketergantungan terhadap sesama makhluk, tidak pula takut kepada mereka, demikian pula tidak mencari harta duniawi dengan cara-cara yang dibenci oleh agama. Siapa yang miliki sifat-sifat tersebut, dialah seseorang yang zuhud. Siapa yang seperti itu sifatnya, dialah orang yang zuhud terhadap dunia, dialah zuhud yang sebenar-benarnya, dan dia adalah orang yang paling kaya, walaupun dia di dunia ini tidak mempunyai apa-apa.”
☝🏼Rasulullah ﷺ sering kali tidak memiliki apa-apa. Baginda pernah selama dua bulan hanya memakan kurma dan air putih sahaja, cuma kadang kala ada sahabat yang memberikan baginda susu. Walaupun baginda begitu keadaannya, baginda adalah orang yang paling kaya, kerana sentiasa merasa cukup.
💎 Amr Ibn Yasir رحمه الله berkata, “Cukuplah kematian itu sebagai pemberi peringatan, dan cukuplah merasa yakin dengan bantuan dari Allah itu sebagai kekayaan, dan cukuplah ibadah ini sebagai sesuatu yang menyibukkan kita.”
💎 Yunus Ibn Maisarah رحمه الله berkata, “Bukanlah zuhud terhadap dunia itu mengharamkan yang halal baginya, bukan pula dengan membuang-buang harta, tetapi zuhud adalah:
1⃣ Apa yang ada pada tangan Allah itu lebih kamu percayai dari apa yang ada di tanganmu.
2⃣ Keadaanmu ketika mendapatkan musibah, dan ketika tidak mendapatkan musibah, itu sama saja.
3⃣ Apabila seseorang memujimu atau mencelamu dalam keadaan kamu sedang berbuat al-haq, sama saja (penderianmu).”
☝🏼Perhatikanlah, ini semua terkait dengan urusan qalbu (hati) seseorang, dan tidak terkait dengan zahir penampilannya.
Alhamdulillah. Selesai.
📂 (Ringkasan faedah ilmiah dari tausiyah umum al-Ustadz Qomar Suaidi di Johor Bahru, Malaysia. Ringkasan ini telah dimuroja’ah oleh ustadz)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf