🌼🌸 Makna Sebenar Zuhud & Kaitannya Dengan Sifat Al-‘Affaf Serta Al-Ghina (Bahagian 1)
📕Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah ﷺ agar ditunjukkan suatu amalan yang dengannya Allah akan mencintainya dan manusia akan mencintainya. Rasulullah ﷺ bersabda, “Zuhudlah kamu dalam urusan dunia ini, nescaya Allah akan mencintaimu, dan zuhudlah kamu terhadap apa yang dimiliki manusia (orang lain), nescaya manusia akan mencitaimu.” (HR Ibnu Majah, disahihkan al-Albani)
▪Zuhud terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, termasuk dalam sifat al-ghina/qona’ah (merasa cukup), al-‘iffah (menjaga kehormatan diri jangan sampai meminta-minta).
💎 Al-Imam Ahmad رحمه الله berkata, “Hari yang paling menyenangkan bagiku adalah ketika aku masuk di waktu pagi dalam keadaan aku tidak memiliki apa-apa.”
▪Ini merupakan sifat qona’ah yang luar biasa, kerana para ulama kita itu fokus mereka itu adalah kepada perkara ibadah, amal soleh dan urusan akhirat. Sehingga mereka benar-benar tawakal pada Allah, dengan dalam keadaan mereka tetap juga berusaha.
▪Abu Dzar رضي الله عنه, terkenal sebagai seorang sahabat yang zuhud, yang tidak pernah menyimpan harta. Sehingga untuk mendapatkan kecukupan untuk hari esok, maka dia kerjakan hari ini. Jika dia mendapatkannya lebih, maka dia akan infaqkan.
💎 Al-Fudhail Ibn Iyadh رحمه الله berkata, “Asal muasal zuhud adalah redha terhadap pemberian Allah.”
💎 Al-Fudhail Ibn Iyadh رحمه الله berkata, “Seseorang yang sangat qona’ah (merasa cukup), dia seorang yang zuhud.”
Bersambung insyaAllah.
📂 (Ringkasan faedah ilmiah dari tausiyah umum al-Ustadz Qomar Suaidi di Johor Bahru, Malaysia. Ringkasan ini telah dimuroja’ah oleh ustadz)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf