🔑 🌷 Kunci Kebaikan & Kejelekan
عند الله خزائن الخير والشر مفاتيحها الرجال فطوبى لمن جعله الله مفتاحا للخير ومغلاقا للشر وويل لمن جعله الله مفتاحا للشر مغلاقا للخير
📕Rasulullah bersabda, “Di sisi Allah simpanan kebaikan mahu pun kejelekan, dan kunci-kuncinya adalah manusia, maka bahagialah bagi orang yang dirinya Allah jadikan kunci pembuka kebaikan sekaligus gembok (induk kunci) penutup kejelekan. Akan tetapi celaka bagi orang yang dirinya Allah jadikan kunci pembuka kejelekan sekaligus gembok penutup kebaikan.” (HR Thabraniy dan Dhiya dari Sahl bin Sa’d dan dihasankan al-Albani dalam Shohih Jami 4108)
☝🏼Al-Manawi menjelaskan bahawa erti dari hadits di atas tanda keredhaan Allah pada hambaNya dengan Allah jadikan dia kunci pembuka kebaikan. Maka jika dia di lihat akan mengingatkan kebaikan, jika dia hadir maka hadir kebaikan bersamanya. Jika dia bercakap maka kebaikan yang terdengar darinya. Demikian kerana dia selalu bersama dalam kebaikan, memikirkan kebaikan, yang tersimpan dalam dirinya adalah kebaikan maka di mana pun dia hadir, maka kebaikan selalu bersamanya. Dia selalu menjadi sebab kebaikan, demikian pula tentang kejelekan lawan dari yang di atas. Maka berteman dengan orang pertama merupakan ubat, ada pun dengan orang kedua merupakan penyakit.” (Faydhul Qodir 2/669)
📂 (Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf