Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

keutamaan solat & puasa ramadhan

sebulan yang lalu
baca 3 menit
Keutamaan Solat & Puasa Ramadhan

Keutamaan Solat & Puasa Ramadhan

فقال رسول الله صلى الله عليه و سلم أليس قد مكث هذا بعده سنة قالوا بلى قال وأدرك رمضان فصام وصلى كذا وكذا من سجدة في السنة قالوا بلى قال رسول الله صلى الله عليه و سلم فما بينهما أبعد مما بين السماء والأرض

• Dalam riwayat Thalha bin Ubaidillah رضي الله عنه, bahawa dua orang dari Bulay datang kepada Rasulullah ﷺ dan kedua-duanya memeluk agama Islam pada waktu yang sama. Namun yang satu jauh lebih semangat dalam ibadahnya dari yang satu lagi, sehingga ia ikut perang dan meninggal terbunuh syahid. Sementara yang satunya lagi, hidup satu tahun lagi dan kemudian dia wafat.

Thalhah berkata aku melihat di dalam mimpi bahawa aku berada di pintu Syurga dan bertemu dengan kedua-dua orang tersebut. Kemudian ada yang keluar dari Syurga dan memberi izin kepada yang meninggal terkemudian itu untuk masuk ke dalam Syurga dahulu. Kemudian dia keluar lagi kembali memberi izin kepada yang mati syahid itu pula untuk masuk (ke dalam Syurga). Kemudian dia datang kepadaku sambil berkata, “Kembalilah, kerana ini belum waktunya bagimu”.

Di pagi hari, aku sampaikan mimpi tersebut kepada para sahabat dan mereka merasa hairan hingga terdengar oleh Rasulullah ﷺ. Maka baginda bertanya (ertinya), “Apa yang kalian hairankan?” Mereka berkata, “Wahai Rasulullah, bukankah yang satu itu lebih semangat dalam ibadahnya sehingga dia terbunuh syahid, tetapi mengapa justeru yang satu lagi itu yang masuk ke dalam Jannah terlebih dahulu sebelumnya?”

Maka Rasulullah ﷺ sabdakan (ertinya), “Bukankah yang meninggal terkemudian itu masih hidup setahun setelah temannya?” Para sahabat berkata, “Benar ya Rasulullah.” Kemudian Rasulullah bertanya lagi, “Bukankah dia mendapati Ramadhan dan dia beruasa padanya, dia juga solat sekian solat dalam setahun itu?” Mereka katakan, “Benar ya Rasulullah.”

Maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Sungguh di antara keduanya dalam fadhilah (keutamaan) atau darjat lebih jauh daripada jarak antara langit dan bumi”.” (HR Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf

Oleh:
admin