Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

kesungguhan untuk mengamalkan sunnah

2 tahun yang lalu
baca 2 menit
Kesungguhan Untuk Mengamalkan Sunnah

🌴⛺ Kesungguhan Untuk Mengamalkan Sunnah

• Telah dikeluakan oleh Ibnu Abdil Barr dengan sanad jayid dari Abu Dawud (penulis sunan Abu Dawud) bahawa suatu ketika beliau berada di suatu kapal, kemudian beliau mendengar seseorang di tepi pantai bersin dan mengucapkan, “Alhamdulillah”. Maka al-Imam Abu Dawud menyewa sampan kecil dengan biaya satu dirham beliau mendatangi orang tersebut lalu beliau tasymiit (mengucapkan, “Yarhamukallah”). Setelah itu beliau kembali ke kapal. Maka beliau ditanya (kenapa beliau lakukan hal itu), lalu jawab beliau, “Boleh jadi orang itu termasuk yang dikabulkan doanya [Kerana orang itu akan mendoakan kembali orang yang mendoakan dirinya (Yarhamukallah (Semoga Allah merahmatimu) dengan doa

يهديكم الله ويصلح بالكم

Yahdiikumullah wayuslihu baalakum (Semoga Allah memberimu hidayah dan membenahi semua urusanmu)].”

Dan saat mereka tertidur, mereka mendengar ada suara yang berkata, “Wahai penumpang kapal, sungguh Abu Dawud telah membeli syurga dari Allah dengan satu dirham”.” (Fathul Bariy 10/611)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

Oleh:
admin