Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

kecemburuan seorang isteri

2 tahun yang lalu
baca 2 menit
Kecemburuan Seorang Isteri

⛺🌹 Kecemburuan Seorang Isteri

• Dari Ibnu Mas’ud رضي الله عنه bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

”إن الله كتب الغيرة على النساء والجهاد على الرجل فمن صبر منهن كان له أجر شهيد.“

“Sesungguhnya Allah tetapkan kecemburuan pada wanita dan jihad atas lelaki, maka barang siapa yang bersabar atas mereka (isterinya), maka baginya pahala syahid.” (HR Musnad Bazar 1/255)

• Dari Aisyah رضي الله عنها, Rasulullah ﷺ bersabda:

”الغيراء لا تبصر أسفل الوادي من أعلاه.“

“Wanita yang cemburu tidak dapat membezakan lembah di bahagian bawah dari bahagian atasnya.” (HR Musnad Abu Ya’la 8/129)

• Sabda Nabi ﷺ tentang Ummul Mukminin Aisyah رضي الله عنها ketika memecahkan nampan (dulang) makanan yang dikirim isteri Nabi yang lain:

”غارت أمكم.“

“Ibu kalian sedang cemburu.” (HR Bukhari)

• Al-Hafidz Ibnu Hajar رحمه الله berkata, “Padanya terdapat pelajaran bahawa perempuan ketika cemburu, tidak dipersalahkan atas apa yang mereka lakukan atau ucapkan, kerana pada ketika itu akal mereka tertutupi oleh emosi yang sangat yang dipicu oleh kecemburuan.” (Fathul Bari 9/325)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf

Oleh:
admin