Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kalian

8 tahun yang lalu
baca 3 menit
Janganlah Kamu Melupakan Keutamaan Di Antara Kalian

❎🍄🌵 Janganlah Kamu Melupakan Keutamaan Di Antara Kalian

✍🏽 Renungi ayat berikut:

وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بصير

📖 “Janganlah kamu melupakan keutamaan di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Melihat segala apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 237)

☝🏼Termasuk dari akhlak mulia dan kesempurnaan tabiat adalah dengan kamu tidak melupakan keutamaan orang yang antara kamu dengan dirinya ada cinta dan kasih sayang.

☝🏼Melupakan keutamaan merupakan akhlak hina dan tabiat buruk.

👉🏻 ولا تنسوا الفضل بينكم
👉🏼 Jangan melupakan keutamaan di antara kalian, bagaimana engkau lupakan keutamaan isterimu dan cinta serta kasih sayangnya padahal dia telah redha hidup bersamamu, bersabar atas segala pahit dan getirnya kehidupan yang ia jalani bersamamu!

👉🏻ولا تنسوا الفضل بينكم
👉🏼 Jangan lupakan keutamaan di antara kalian, bagaimana engkau lupakan keutamaan saudaramu yang ada ikatan persaudaraan iman denganmu sehingga engkau pun berseteru dengannya hanya kerana salah faham atau perkara peribadi dan sebab-sebab yang sepele (kecil)!

👉🏻ولا تنسوا الفضل بينكم
👉🏼 Jangan lupakan keutamaan di antara kalian, saudara kandungmu yang juga dilahirkan oleh ibumu, yang dulu di masa kecil engkau makan satu piring bersamanya, kini engkau bermusuhan dengannya, di mana keutamaan persaudaraan?

👉🏻ولا تنسوا الفضل بينكم
👉🏼 Jangan lupakan keutamaan di antara kalian, tetanggamu yang engkau sering bertukar makanan dan hadiah dengannya, yang hubungan di antara kalian seperti keluarga bahkan mungkin lebih, mana keutamaan bertetangga?

👉🏻ولا تنسوا الفضل بينكم
👉🏼 Jangan lupakan keutamaan di antara kalian, rakan kerjamu yang membantumu dan banyak mengajarimu, kini engkau berselisih dengannya dan enggan berjumpa dengannya, mana keutamaan seorang teman?

👉🏻ولا تنسوا الفضل بينكم
👉🏼 Jangan lupakan keutamaan di antara kalian,
sebagai kaedah Rabbaniy mengajari kita untuk setia kepada setiap orang yang punya keutamaan dan hubungan baik dengan kita.

📂 (Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf