🍂 Jangan Kita Menganggap Remeh Zikir Ini, Mari Amalkan
خولة بنت حكيم السلمية تقول سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول من نزل منزلا ثم قال أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضره شئ حتى يرتحل من منزله ذلك
📕 Khawlah binti Hakim berkata aku mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Barangsiapa yang sampai di suatu tempat lalu dia membaca:
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala keburukkan yang Dia ciptakan.
Maka tidak akan ada yang memudharatkan dirinya sampai dia tinggalkan tempat itu.” (HR Muslim 8/76)
☝🏼Abu Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubiy berkata, “Hadits di atas sahih dan benar, kami ketahui kebenarannya secara ilmiah dan juga pengalaman. Kerana aku semenjak tahu hadits ini aku amalkan maka tidak ada yang memudharatkan diriku sampai aku melupakannya, di mana aku disengat kalajengking pada malam hari di daerah Mahdiya. Aku pun berfikir pada diriku apa sebabnya? Dan aku pun sedar ternyata aku lupa membaca doa ini.” (Al-Mufhim 22/92)
‼️Pelajaran berharga dalam kisah Imam al-Qurthubiy ini adalah seharusnya kita menjaga zikir dan doa-doa sunnah untuk selalu kita baca lebih dari sebab-sebab penjagaan lainnya.
والله الموفق
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf