🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿🌹🌿
🔗 Ibadah Bersifat Tauqifiyah
☝Para pembaca rahimakumullah, ketahuilah bahawa ibadah dalam Islam adalah bersifat tauqifiyah, iaini ketetapannya sudah di”patern” (ditetapkan). Kita tidak boleh menambah atau menguranginya dari apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Tidak ada celah bahkan tidak berhak bagi kita untuk membuat tata cara dan bentuk baru dalam ibadah.
☝Baik buruknya ibadah bukan diukur dari banyaknya orang yang mengamalkan, namun parameternya adalah keikhlasan dan kesesuaian dengan tuntunan Nabi. Sehingga Islam itu tidak sulit dan tidak mempersulit, kerana yang diwajibkan adalah sekadar mengikuti contoh praktik Nabi.
📕 Disebutkan dalam sebuah hadits bahawa ada tiga orang sahabat Nabi datang ke rumah isteri-isteri Nabi. Mereka ingin menanyakan tentang ibadah yang dilakukan oleh Nabi. Setelah mereka memperoleh khabar tentang ibadah Nabi, seakan-akan mereka menganggap hal itu sedikit. Mereka menyatakan:
“Di mana posisi kita dibandingkan dengan Nabi? Padahal Nabi telah diampuni dosa-dosanya baik yang telah lalu mahupun yang akan datang.”
🚫Akhirnya salah seorang di antara mereka berkata, “Adapun saya akan menegakkan solat malam selamanya (tidak akan pernah tidur malam).”
🚫Yang kedua berkata, “Sedangkan saya akan berpuasa selamanya, tidak ingin berbuka (walaupun sehari).”
🚫Adapun sahabat terakhir berkata, “Saya akan menjauhi wanita dan tidak akan menikah selamanya.”
🌹Tatkala Rasulullah mendengar khabar tentang mereka, baginda lalu datang menemui mereka dan bertanya, “Apakah benar kalian yang menyatakan demikian? DEMI ALLAH, SUNGGUH AKU ADALAH ORANG YANG PALING TAKUT KEPADA ALLAH DAN YANG PALING BERTAKWA KEPADA-NYA DIBANDING KALIAN! Akan tetapi aku berpuasa dan juga berbuka. Aku mengerjakan solat malam dan aku juga tidur. Aku pun menikahi para wanita. Maka barangsiapa yang membenci sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku.” (HR Bukhari & Muslim)
☝Alasan kedatangan ketiga sahabat tersebut kerana ingin mengetahui amalan baginda yang bersifat sirr (tersembunyi), hanya keluarga baginda yang tahu dan sebahagian para sahabat yang membantu baginda seperti Abdullah bin Mas’ud, Anas bin Malik dan yang lainnya.
☝Adapun amalan Rasulullah yang secara zahiriyah diketahui oleh kaum muslimin secara umum, seperti amalan baginda di masjid, di pasar, atau yang baginda lakukan ditengah masyarakat bersama para sahabat, majoriti sahabat di Madinah mengetahuinya. Sehingga datanglah ketiga sahabat tersebut ke rumah isteri-isteri Nabi Muhammad untuk menanyakan ibadah baginda ketika berada di rumah.
☝Dikeranakan para sahabat memiliki iman dan semangat yang tinggi untuk beramal soleh, maka mereka menganggap sedikit amal ibadah yang telah mereka kerjakan. Sehingga masing-masing bertekad untuk memilih satu bentuk ibadah. Salah seorang di antara mereka bertekad untuk berpuasa setiap hari, yang kedua hendak mengerjakan solat malam sepanjang malam, adapun yang ketiga akan menjauhi wanita untuk tidak menikah. Namun ketika tata cara ibadah yang akan dilakukan ketiga sahabat tersebut melampaui batas dari yang ditunjukkan Nabi, maka Nabi menegur dan membimbing mereka.
📂 (Buletin Saku Al-Ilmu, Edisi 13/1434H/2013M)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚