💉💊 Hukum Mengambil Imunisasi Atau Vaksinasi
❓Apa hukumnya berubat sebelum terjadinya penyakit, seperti imunisasi atau vaksinasi?
✅ Asy-Syaikh Ibnu Baz رحمه الله menjawab, “Tidak mengapa berubat bila dikhawatirkan terjadinya penyakit kerana adanya wabak atau sebab-sebab yang lain yang dikhawatirkan terjadinya penyakit kerananya. Maka tidak mengapa mengambil ubat untuk mengelakkan penyakit yang dikhawatirkan. Hal ini berdasarkan sabda Nabi ﷺ dalam hadits yang sahih:
من تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ مِنْ تَمْرِ الْمَدِيْنَةِ لَمْ يَضُرَّهُ سُمٌّ وَلَا سِحْرٌ
📕“Barangsiapa yang di waktu pagi memakan tujuh butir kurma Madinah, maka tidak akan mencelakakannya sihir ataupun racun.” (Muttafaqun ‘alaih)
☝🏼Ini termasuk dalam bab menghindari penyakit sebelum terjadinya. Demikian pula bila dikhawatirkan terjadi sebuah penyakit lalu dilakukan vaksinasi/imunisasi untuk melawan penyakit tersebut yang terdapat di suatu negeri atau di negeri manapun, tidak mengapa melakukan hal demikian dalam rangka mencegahnya. Sebagaimana penyakit yang telah menimpa itu diubati, maka diubati pula penyakit yang dikhawatirkan akan menimpa.
❗Akan tetapi tidak boleh menggunakan azimat-azimat dalam rangka menangkal penyakit, jin atau (bahaya) mata dengki. Kerana Nabi ﷺ melarang hal tersebut. Nabi ﷺ telah menerangkan bahawa hal itu termasuk syirik kecil, maka wajib berhati-hati darinya.” (Majmu’ Fatawa wa Maqalat Ibni Baz, 6/21)
📂 https://asysyariah.com/apa-hukumnya-memberikan-vaksin-kepada-anak/
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf