🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧
✸ Kajian Fiqih ✸
HUKUM BERWUDHU SETELAH MANDI JANABAH
Seorang yang telah selesai dari mandi janabah tidak wajib baginya berwudhu, baik ia melakukan mandi janabah dengan cara yang sederhana atau cara yang sempurna. Kerana ia telah suci dari hadas besar, mahupun dari hadas kecil.
Berdalil dengan hadits ‘Aisyah رضي الله عنها :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يتوضأ بعد الغسل
“Dahulu Rasulullah ﷺ tidak berwudhu setelah selesai mandi (janabah).”
📂 (HR. at-Tirmidzi : 107. Disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani رحمه الله dalam al-Misykah : 445)
• Berkata Ibnu Abdil Barr رحمه الله :
“Ulama’ sepakat, seseorang yang telah selesai melakukan mandi janabah, tidak perlu mengulangi wudhu.”
📒 (Lihat al-Istidzkar, 1/303)
☝️ Hal ini jika tidak batal wudhunya sewaktu ia mandi. Jika batal, maka wajib mengulangi wudhunya.
والله أعلم بالصواب
📝 Disalin dari Buletin Saku al-Ilmu, edisi 21/1435 H/2014M
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧🌿💧