📜🌴 Formula Bagi Muslim Berkuasa Di Muka Bumi
📖 Allah Ta’ala berfirman, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Allah sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Allah akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Allah benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap beribadah kepadaKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun denganKu.” (An-Nuur: 55)
☝🏼Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan حفظه الله menjelaskan, “Allah menjelaskan bahawa berkuasanya dan kukuhnya mereka di muka bumi tidak akan terwujud kecuali dengan mewujudkan syarat-syarat yang telah Allah sebutkan, iaitu beribadah kepadaNya semata, tidak ada sekutu bagiNya. Itulah tauhid. Janji yang mulia ini tidak akan digapai kecuali bagi orang yang mewujudkan nilai-nilai tauhid dengan beribadah kepadaNya semata tidak ada sekutu bagiNya. Termasuk dalam kategori beribadah kepadaNya adalah ibadah solat dan puasa, zakat dan haji serta segenap amalan-amalan ketaatan yang lainnya…
❗…Itulah sebab-sebab keselamatan, ketenteraman, kemenangan dan kekukuhan di muka bumi iaitu aqidah yang lurus dan amalan yang benar. Tanpa adanya dua unsur tersebut, maka berbagai musibah, bencana dan penindasan banyak menimpa orang-orang yang tidak memenuhi sesuatu dari apa yang telah Allah sebutkan, iaitu melaksanakan syarat-syarat tersebut di atas. Bencana-bencana ini dan dominasi yang datang dari pihak musuh, sebabnya adalah tidak terpenuhinya kedua-dua syarat tersebut dan tindakkan pengabaian yang dilakukan oleh kaum muslimin terhadap aqidah dan agama mereka, dan hanya merasa cukup sekadar berlabelkan Islam.”
📂 (Terjemahan Kitab Durus Min Al-Qur’an Al-Karim, karya asy-Syaikh Dr. Shalih Fauzan al-Fauzan, terbitan Daar Ibnu ‘Abbas)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf