Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz abu hamzah yusuf – tashfiyah wa tarbiyah li syaikh al-albani (bahagian 2-a)

9 tahun yang lalu
baca 5 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani (Bahagian 2-A)

📃✏📃✏📃✏📃✏📃

📚 Faedah Ilmiah dari Daurah – Tashfiyah wa Tarbiyah li Syaikh al-Albani
💺Al-Ustadz Abu Hamzah Yusuf
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 23 Syawwal 1436H / 8 Ogos 2015M

✳ SESI KEDUA (Bag. 1):
▪Orang yang melakukan perbuatan jelas-jelas haram sementara itu dia meyakini bahawa hal itu adalah halal disebabkan oleh kesalahan ta’wil (tafsir) atau dikeranakan sedikit pengetahuan agamanya (jahil), maka orang seperti ini sangat kecil kemungkinannya untuk bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Itulah sebabnya mengapa perbuatan yang sebenarnya haram diyakini sebagai sesuatu yang halal jauh lebih berbahaya daripada perbuatan yang jelas-jelas disedari bahawa hal itu adalah perbuatan haram.
▪Contohnya orang yang meminum khamr atau memakan hasil riba, dan dia meyakini bahawa apa yang diambil itu adalah haram, maka besar harapan bagi orang tersebut untuk bertaubat kepada Allah. Beza halnya dengan orang yang meminum khamr atau memakan riba, tetapi dia beranggapan bahawa apa dia ambil itu bukan khamr atau bukan riba, dan dia meyakini bahawa itu halal.
▪Demikianlah pula perbuatan bid’ah. Pelaku bid’ah lebih buruk dan berbahaya daripada pelaku maksiat yang disedari pelakunya bahawa hal itu maksiat.
▪Oleh itu perlu diingatkan bahawa Allah akan menimpakan kehinaan kepada kaum Muslimin apabila kebanyakkan kaum Muslimin melakukan perbuatan-perbuatan haram, sementara itu mereka menganggap dan meyakini bahawa hal itu halal kerana salah dalam memahami dalil atau salah dalam melakukan tafsir dan ta’wil.

🔵 KEDUA: Berlebihan Dalam Sesuatu Hal Sehingga Melupakan Kewajipan Syariat

▪Penyakit yang kedua adalah kaum Muslimin terlalu berlebihan dalam melakukan sesuatu (seperti berternak, berniaga) sehingga melupakan kewajipan syariat. Hal ini tersirat dalam sabda baginda, “Apabila kalian selalu memegangi ekor-ekor sapi dan bangga dengan tanam-tanaman…”.
▪Maksudnya mereka disibukkan dengan urusan dunia mereka dengan alasan Allah memerintahkan kaum Muslimin untuk mencari rezeki. Namun mereka sangat berlebih-lebihan sehingga mengabaikan kewajipan syariat yang telah Allah perintahkan seperti jihad, solat, zakat, haji dan lainnya. Contoh jihad dalam hadits sebelum ini hanya merupakan contoh kecil dari sekalian beban syariat yang Allah perintahkan kepada kaum Muslimin.

⚫JALAN KELUAR DARI KEHINAAN

▪Dalam hadits ini Rasulullah tentang memberikan jalan keluar bagi penyakit yang menimpa kaum Muslimin, berdasarkan sabda baginda, “… Allah tidak akan mencabut kehinaan itu sebelum kalian kembali kepada agama kalian!”.
▪Sama seperti hadits yang telah disebutkan sebelum ini, Rasulullah bukan sekadar menyebutkan tentang bahaya yang akan terjadi, namun Rasulullah memberikan jalan keluarnya iaitu dengan mengikuti Sunnah baginda dan Sunnah Khulafah ar-Rasyidin.
▪Jelas jalan keluarnya hanya ada satu, iaitu kembali kepada agama Islam yang sebenar. Akan tetapi bagaimana cara kita kembali kepada Islam yang benar? Telah banyak pengkaburan dan tipu daya yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga merubah ajaran-ajaran Islam dari wajah aslinya. Seperti mana Sunnah pada hari ini dianggap asing dan dianggap sebagai perkara baru dalam Islam.
▪Tidak ada pilihan lain bagi kita kecuali wajib kembali memahami agama ini berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah. Tentang sebahagian ulama yang menghalalkan sesuatu yang jelas-jelas haram dari dalil, bukan bererti kita bermaksud merendahkan dan mencemuh ulama tersebut. Tetapi bagi tujuan nasihat bagi seluruh kaum Muslimin.

📕Rasulullah bersabda, “Agama itu adalah nasihat… Untuk Allah, KitabNya dan RasulNya. Serta untuk para imam (pemimpin) kaum Muslimin dan awam mereka.” (HR Bukhari)

▪Oleh itu bagaimana kita menghadapi perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan ulama? Hanya satu cara saja, iaitu kembalikan kepada Allah dan RasulNya.

📖 “… Jika kalian berbeza pendapat, maka kembalikanlah semuanya kepada Allah dan RasulNya jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (An-Nisa: 59)

▪Namun disayangkan hanya sedikit sekali orang yang menempuh jalan ini untuk menghadapi perbezaan pendapat. Kebanyakkan mereka membiarkan perbezaan pendapat ulama terdahulu begitu sahaja. Akhirnya berbagai jenis perselisihan pendapat yang terjadi berlalu tanpa penyelesaian. Jadi bagaimana kaum Muslimin akan dapat kembali kepada agama mereka, seperti yang Nabi sarankan?
▪Sebahagian mereka menganggap perselisihan yang berlaku hanya terkait dalam masalah furu’iyah (cabang atau hal fiqh), bukan dalam masalah prinsip atau aqidah. Tetapi kenyataannya tidak demikian, banyak perselisihan yang berlaku dalam masalah prinsip dan aqidah, seperti yang berlaku perbezaan pendapat dalam masalah aqidah di antara kelompok Asy’ariyah, Maturidiyah, Mu’tazilah dan lain-lainnya.
▪Perlu diketahui bahawa tidak pernah diperbolehkan untuk terjadi perselisihan pendapat dalam masalah prinsip dan aqidah. Berbeza halnya dalam masalah furu’iyah yang kadang kala tidak dapat dihindarkan khilaf di dalamnya selama didukung oleh dalil.

* Telah dimuroja’ah oleh ustadz.

Bersambung SESI KEDUA (Bag. 2), insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚