Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz usamah mahri – kitab ahlus sunnah wa i’tiqadudden (bahagian 4 – akhir)

9 tahun yang lalu
baca 4 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Usamah Mahri – Kitab Ahlus Sunnah wa I’tiqadudden (Bahagian 4 – Akhir)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Usamah Mahri:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Ahad, 21 Shafar 1436H / 14 Disember 2014M (Sesi 4)
📕Kitab Ahlus Sunnah wa I’tiqadudden, al-Imam Abu Hatim & al-Imam Abu Zur’ah

1⃣ Yang Ke-3: Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa takdir semuanya dari Allah, samada yang baik atau yang buruk.

2⃣ Allah Maha Mengetahui segala apa yang telah atau akan berlaku.

3⃣ Martabat (Tingkatan) Iman Dalam Takdir:

▪Al-Ilmu: Allah mengetahui segala sesuatu. Tidak ada yang terlepas dari ilmu Allah. Manakala kelompok Muktazilah mengatakan bahawa Allah hanya mengetahui dalam hal yang global, tidak mengetahui secara rinci. Ini adalah keyakinan yang bathil.

📖 Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.” (Al-Hujurat: 18)

▪Al-Kitabah (Tertulis): Segala takdir telah tertulis di Lauh Mahfuzh.

📖 Allah berfirman, “Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam Kitab induk yang nyata (Lauh Mahfuzh)” (Yasin: 12)

📕 Rasulullah bersabda, “Yang pertama kali Allah ciptakan adalah al-Qalam (pena), lalu Allah berfirman kepadanya: ‘Tulislah!’ Ia menjawab: ‘Wahai Rabb-ku apa yang harus aku tulis?’ Allah berfirman: ‘Tulislah taqdir segala sesuatu sampai terjadinya hari Kiamat.’” (HR Abu Dawud & Tirmidzi)

▪Al-Masyi’ah (Kehendak): Semua yang terjadi pasti dengan kehendak Allah.

📖 Allah berfirman, “Dan tidaklah kalian berkehendak, kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al-Insaan: 30)

▪Al-Khalq (Penciptaan): Semuanya diciptakan Allah.

📖 Allah berfirman, “Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!”

4⃣ Kelompok yang sesat dalam masalah takdir adalah:

❌Qadariyah: Mereka menyatakan Allah tidak mengkehendaki keburukkan, Allah hanya mentakdirkan kebaikkan. Dari itu Nabi katakan orang-orang Qadariyah ini adalah Majusinya umat ini. Orang-orang Majusi mempercayai bahawa ada tuhan yang mentakdirkan dalam hal yang baik dan ada kuasa lain yang mentakdirkan dalam hal yang buruk. Ini adalah bathil.

❌Jabariyah: Mereka menyatakan manusia itu dipaksa dalam melakukan sesuatu. Kerana ianya telah ditakdirkan oleh Allah. Jelas bathil pemahaman mereka. Kerana manusia itu telah diberi peluang oleh Allah membuat pilihan.

5⃣ Sahabat Abdullah Ibnu Umar al-Khattab telah menyatakan dia berlepas diri dari orang-orang yang mengingkari takdir.

📕 “Ibnu Umar berkata mengenai pengikut Qadariyah: “Beritahukan kepada mereka bahawa aku berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dariku.” (HR Muslim)

6⃣ Faedah yang kita dapatkan dari hadits Ibnu Umar tadi, antaranya:

▪Pentingnya beriman kepada takdir.
▪Rujuk atau kembalikan permaslahan kepada kibar ulama.
▪Kecemburuan di atas kebenaran.
▪Tegas dan keras dalam mengingkari kemungkaran.
▪Cukup apabila menerima berita dari orang yang tsiqah (terpercaya), maka tidak perlu lagi tabbayun (memastikan) kebenaran berita tersebut.

Alhamdulillah. Moga bermanfaat.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚