Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz usamah mahri – kitab ahlus sunnah wa i’tiqadudden (bahagian 3)

9 tahun yang lalu
baca 5 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Usamah Mahri – Kitab Ahlus Sunnah wa I’tiqadudden (Bahagian 3)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Usamah Mahri:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Ahad, 21 Shafar 1436H / 14 Disember 2014M (Sesi 3)
📕Kitab Ahlus Sunnah wa I’tiqadudden, al-Imam Abu Hatim & al-Imam Abu Zur’ah

1⃣ Yang Ke-2: Ahlus Sunnah berkeyakinan bahawa Al-Qur’an itu adalah kalamullah dalam semua bentuknya, dan bukan makhluk. Baik ianya dalam bentuk lafaz ataupun tulisan, mahupun yang dihafal di dalam dada.

2⃣ Menurut sebahagian ahlul bid’ah, bahawa Allah tidak memiliki sesuatu sifat, melainkan setelah Allah melakukannya. Contohnya Allah tidak mempunyai sifat kalam, sehingga setelah Allah berbicara. Ini adalah bathil.

3⃣ Dalil dari Al-Qur’an yang menunjukkan Allah punyai sifat kalam, Allah firmankan:

📖 “Katakanlah, kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula.” (Al Kahfi: 109)

📖 “Dan seandainya pohon-pohon di muka bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Luqman: 27)

4⃣ Kalamullah itu sifat yang dimiliki Allah dengan suara. Manakala ahlul bid’ah menetapkan sifat kalam bagi Allah itu tidak mempunyai suara. Ini adalah bathil. Dalil banyak menunjukkan bahawa Allah langsung berbicara dengan suara kepada Nabi Musa dan juga Rasulullah, tanpa pengantara malaikat.

📖 “Dan Allah telah berbicara kepada Musa dengan kata-kata.” (An-Nisaa: 164)

5⃣ Manakala dari kalangan Muktazilah pula, mereka katakan Allah itu berbicara dengan Nabi Musa itu ada suaranya. Tetapi suara itu adalah suara dari pohon atau batu di Bukit Thur tersebut. Sedangkan di dalam perbicaraan tersebut, Allah berkata, “Aku Rabb-Mu”. Apakah pohon dan batu itu dikatakan sebagai Rabbnya Nabi Musa? Jadi ini menunjukkan kebathilan keyakinan golongan Muktazilah.

6⃣ Kalamullah itu juga sifat yang dimiliki Allah dengan susunan huruf-huruf hingga terbentuk kalimat. Dalilnya dari hadits Nabi, antaranya:

📕”Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan (digandakan) dengan sepuluh seumpamanya. Tidak aku katakan (Alif Lam Mim) itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf” (HR Tirmidzi)

7⃣ Ahlul bid’ah seperti Asy’ariyah dan Maturidiyah katakan bahawa Al-Qur’an itu kalamullah juga. Tetapi itu hanya sekadar makna yang ada dalam diri Allah. Tidak ada suara dan tidak ada huruf. Berbeza dengan Ahlus Sunnah, Al-Qur’an itu kalamullah dan Allah juga berbicara dengan suara dan huruf.

8⃣ Anehnya mereka dari kalangan ahlul bid’ah percaya atas cerita tentang Rasulullah mi’raj ke atas langit untuk bertemu dengan Allah, dan langsung berbicara dengan Allah dalam hal solat yang difardhukan kepada umat. Bererti ada komunikasi di antara Allah dan Rasulullah. Tetapi kemudian mereka nafikan sifat berbicaranya Allah dengan suara dan huruf.

9⃣ Di sini dapat disimpulkan bahawa mereka dari kalangan Asy’ariyah, Maturidiyah, Muktazilah sebenarnya mereka menetapkan sifat aib atau kekurangan kepada Allah, kerana menurut mereka Allah itu tidak berbicara. Contohnya seperti kisah Nabi Ibrahim yang mencabar agar orang-orang kafir itu bertanyakan kepada patung-patung yang mereka sembah itu, lalu mereka menjawab:

📖 “Sesungguhnya engkau (hai Ibrahim), telah sedia mengetahui bahawa berhala-berhala itu tidak dapat berkata-kata (maka betapa engkau menyuruh kami bertanya kepadanya)? Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepada kamu?” (Al-Anbiya’: 65-66)

❗Jelas bahawa patung-patung itu memiliki kekurangan atau kecacatan kerana tidak dapat berbicara. Apakah pantas sifat aib tersebut diberikan kepada Allah?

10⃣ Antara ulama Ahlus Sunnah yang membantah aqidah bathil Asy’ariyah, Maturidiyah dan Muktazilah ini adalah al-Imam Ahmad bin Hambal, al-Imam Abdul Aziz al-Kinani dan al-Imam Abdullah ibnu Muhammad adz-dzarami.

Bersambung insyaAllah.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚