Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

faedah ilmiah dari daurah al-ustadz ahmad khodim – kepada para da’i utamakanlah tauhid (bahagian 5 – akhir)

9 tahun yang lalu
baca 5 menit
Faedah Ilmiah dari Daurah al-Ustadz Ahmad Khodim – Kepada Para Da’i Utamakanlah Tauhid (Bahagian 5 – Akhir)

🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂

📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Ahmad Khodim:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Ahad, 15 Jamadil Akhir 1436H / 5 April 2015M
📕Kepada Para Da’i: Utamakanlah Tauhid, karya Syaikh Al-Albani

🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Ahmad Khodim🔹

✳ SESI KELIMA (AKHIR) (Bahagian 1): (Samb.) Siapakah Yang Berhak Untuk Berpolitik & Bilakah Masanya?

▪Bagaimana seorang muslim dapat melaksanakan tanggungjawab bagi merubah kejahilan umat pada hari ini? Jawapannya adalah:

1⃣ Setiap Muslim melakukan sesuatu mengikut kemampuannya masing-masing.

📖 “Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.” (Al-Baqarah: 286)

📕”Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.” (HR Muslim)

2⃣ Seorang alim (berilmu) wajib untuk menjawab pertanyaan dari mereka yang bukan alim.

📖 “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan…” (At-Taubah: 71)

📕”Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya” (HR Bukhari)

📕”Barangsiapa yang ditanya tentang satu ilmu lalu menyembunyikannya, nescaya Allah akan mengikatnya dengan tali kekang dari api neraka di hari kiamat kelak.” (HR Abu Dawud)

❗Tetapi terkadang ilmu itu wajib disembunyikan, jika ianya boleh memudharatkan. Al-Imam Bukhari pernah meletakkan bab “Wajib Menyembunyikan Ilmu” dalam kitabnya.

3⃣ Seorang awam atau yang tidak berilmu untuk bertanya kepada ahlul ilmi.

📖 “Maka tanyalah olehmu kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.” (Al-Anbiya’: 7)

▪Sayangnya, kaum muslimin zaman sekarang hidup dalam fitnah dan berpecah belah. Sedangkan orang-orang kafir telah bersatu untuk memusuhi kaum muslimin. Sebagaimana yang disabdakan Nabi:

📕”Telah berkumpul umat-umat untuk menghadapi kalian, sebagaimana orang-orang yang makan berkumpul dihadapan piring mereka”. Para sahabat bertanya, “Apakah pada masa itu kami termasuk dalam jumlah yang sedikit wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Tidak, kalian pada masa itu dalam jumlah yang besar, tetapi kalian seperti buih di lautan, dan Allah akan menghilangkan rasa takut daripada dada-dada musuh kalian dan Allah akan lemparkan al-Wahn ke dalam hati kalian”. Para sahabat bertanya lagi, “Apakah al-Wahn itu wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab, “Cinta pada keduniaan dan takut akan mati”. (HR Abu Dawud)

▪Oleh itu, sudah menjadi kewajipan ulama untuk terlebih dahulu melakukan Tashfiyyah dan Tarbiyyah dalam memperbaiki aqidah, ibadah dan akhlak, mengikut kemampuan masing-masing.
▪Umat tidak akan mampu melakukan jihad melawan Yahudi yang sentiasa dalam satu barisan, selama keadaan umat masih lagi berpecah belah dan tidak bersatu di atas landasan tauhid dan aqidah yang benar.

✳ SESI KELIMA (Bahagian 2): Kewajipan Bagi Setiap Muslim Untuk Melaksanakan Hukum Allah Dalam Segala Aspek Kehidupannya Mengikut Kemampuannya

▪Wajib bagi setiap muslim untuk beramal mengikut kemampuannya, kerana Allah juga tidak membebankan ke atas seseorang melainkan dengan apa yang dia mampu.
▪Daulah Islamiyah adalah medium bagi menegakkan hukum Allah di muka bumi ini. Namun yang menghairankan, sebahagian para pendakwah mengambil berat tentang sesuatu hal, yang mereka sendiri tidak mampu melakukannya dan dalam masa yang sama membiarkan perkara lain yang wajib bagi mereka lakukan dan mudah dilakukan! Iaitu jihad melawan hawa nafsu mereka, seperti yang sering disebutkan:

💎 “Tegakkanlah Daulah Islamiyah dalam diri-diri kalian, nescaya akan tertegak Daulah Islamiyah di bumi kalian.”

▪Meskipun begitu, mereka tidak mempraktikkannya dalam diri mereka sendiri. Ketika datang kepada mereka suatu Sunnah yang jelas kesahihannya, dia berkata, “Ini menyelesihi mazhab saya!”. Maka jika begitu, dimanakah bukti bahawa dia berhukum dengan hukum Allah dengan mengikuti as-Sunnah dalam diri dia sendiri?!
▪Lebih mudah untuk dipraktikkan hukum Allah dalam diri-diri kita sendiri, berbanding untuk memaksa atau menyingkirkan hakim/pemerintah yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Oleh itu kenapa kalian meninggalkan perkara yang mudah (dalam diri-diri kalian sendiri) hanya demi melakukan perkara yang sukar (memaksa orang lain)?!
▪Oleh itu, kita perlu memberi perhatian dengan bersungguh-sungguh melakukan Tashfiyyah dan Tarbiyyah serta mengajak manusia kepada aqidah dan ibadah yang benar, berdasarkan kemampuan masing-masing.

Alhamdulillah, selesai. Moga bermanfaat.

📚 WhatsApp طريق السلف 📚