🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃🍂
📚 Faedah Ilmiah dari muhadharah al-Ustadz Ahmad Khodim:
📍Johor Bahru, Malaysia
📆 Sabtu, 14 Jamadil Akhir 1436H / 4 April 2015M
📕Kepada Para Da’i: Utamakanlah Tauhid, karya Syaikh Al-Albani
🔹Telah disemak dan dibenarkan untuk disebarkan oleh al-Ustadz Ahmad Khodim🔹
✳ SESI KETIGA (Bahagian 1): Menerangkan Tentang Aqidah Yang Benar Serta Kesan-Kesannya Dalam Pemikiran Majoriti Umat
▪Contoh yang dapat kita jelaskan dari masalah aqidah adalah seperti aqidah terkait dengan sifat al-‘Uluw, iaitu Maha Tinggi Allah atas semua makhlukNya.
الرحمن على العرش استوى
“Ar-Rahman beristiwa’ (berada tinggi) di atas ‘Arasy.” (Thaha: 5)
ارحموا من في الأرض يرحمكم من في السماء
“Sayangilah sesiapa yang ada di bumi ini, maka yang di langit akan menyayangimu.” (HR Abu Dawud & Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani di dalam Silsilah al-Hadits as-Sahihah, no.925)
▪Seorang muslim tidak cukup hanya berkeyakinan dengan apa yang terdapat pada zahir ayat dan hadits di atas tanpa mengetahui bahawa lafaz “في” yang terdapat dalam hadits, bukan bererti menunjukkan makna tempat (zarf).
▪Makna sabda Rasulullah ارحموا من في الأرض maknanya bukan seperti “di dalam” bumi iaitu serangga dan ulat-ulat. Akan tetapi, yang dimaksudkannya ialah yang berada “di atas” bumi, iaitu manusia dan haiwan. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi يرحمكم من في السماء iaitu على السماء.
▪Hadits lain yang mempunyai pengertian yang sama adalah hadits Jariyah, HR Muslim, ketika Nabi bertanya kepadanya, Dimanakah Allah? Jariyah itu menjawab, Di Langit.
▪Pada hari ini, jika kita tanyakan kepada sebahagian guru, Dimana Allah? Pasti mereka menjawab, Dimana-mana. Padahal Jariyah itu menjawab bahawasanya Allah ada di langit dan Nabi pun membenarkan jawapan tersebut.
▪Jariyah tersebut menjawab demikian kerana berdasarkan fitrah dan dia hidup dalam lingkungan (seperti yang dikatakan sekarang) Salafy, yang belum tercemar oleh persekitaran yang buruk, kerana dia merupakan lulusan dari madrasah Rasul. Begitulah pentingnya pertemanan dan juga dimana kita mendapatkan ilmu, ianya boleh memberi kesan kepada pegangan aqidah dan manhaj kita.
▪Ibnu Qoyyim pernah menyampaikan kisah dalam kitab beliau Ijtima al-Juyusy Islamiyah, tentang kisah sang semut di zaman Nabi Sulaiman. Pada waktu itu terjadi kemarau panjang, dan semut itu keluar dari sarangnya dan baring terlentang menghadap ke langit seraya berdoa kepada Allah memohon diturunkan hujan. Nabi Sulaiman mengetahui bahawa semut itu sedang berdoa kepada Rabb yang di atas langit. Dari itu, apakah kita sebagai manusia lebih rendah akalnya berbanding sang semut?
✳ SESI KETIGA (Bahagian 2): Usaha Bersungguh-Sungguh & Berterusan Dalam Menjelaskan Aqidah
▪Para pendakwah dituntut untuk memahami soal aqidah secara terperinci. Generasi awal Islam, mereka tidak perlu mendapatkan penjelasan terperinci kerana:
1⃣ Mereka memahami ungkapan bahasa arab dengan mudah
2⃣ Tidak terdapat penyimpangan dari kelompok ilmu Falsafah dan ilmu Kalam
▪Situasi sekarang berbeza, jika kita tidak menguasai ilmu bahasa arab, kita tidak akan mampu memahami agama dengan sempurna. Seperti yang dikatakan oleh al-Izz Abdil Salam:
“Kita memperlajari agama Allah, tidak mungkin akan sempurna tanpa mempelajari bahasa arab.”
▪Begitu pula dalam hal kesahihan sebuah ilmu. Pada zaman Sahabat, mereka mendapatkan ilmu langsung dari Rasulullah, dan para Tabi’in mendapatkan ilmu dari Sahabat, dan begitulah seterusnya. Pada zaman mereka tidak ada ilmu jarh wa ta’dil (ilmu yang membahas tentang kedudukan perawi hadits dari aspek diterima atau ditolak pengkhabarannya). Namun pada zaman sekarang, ilmu itu mesti dipelajari.
▪Maka, perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat dianggap mudah, sebagaimana pada zaman Sahabat, iaitu dilihat dari faktor kemurnian ilmu dan kesahihan sumber ilmu yang diterima. Ianya perlu diberikan perhatian, kerana ianya belum pernah terjadi pada generasi awal Islam. Ilmu bukanlah sesuatu yang boleh kita perolehi dengan bersenang-lenang.
Al-Imam Ibnu Abi Hatim berkata, “Ilmu tidak boleh didapati dengan rehatnya jasad.”
Al-Imam Asy Syafi’i berkata, “Barangsiapa yang tidak merasakan pahit getirnya dalam menuntut ilmu, dia akan meneguk hinanya kebodohan sepanjang hidupnya.”
▪Mereka yang menempuh jalan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan menyampaikannya, pasti akan menjadi asing dari kelompok-kelompok yang tidak menempuh jalan tersebut.
“Islam itu bermula dengan asing, dan kemudian akan kembali menjadi asing.” (HR Muslim)
“Nanti akan ada hari-hari kesabaran bagi yang betul-betul memegang Sunnah. Bagi seorang diantara mereka mendapat lima puluh pahala”. Para Sahabat bertanya, “Daripada kami wahai Rasulullah, atau daripada mereka?”. Baginda menjawab, “Daripada kalian semua.” (HR Ibn Nashr & At-Tabrani, disahihkan oleh Al-Albani di dalam Silsilah al-Hadits as-Sahihah, no.494)
▪Inilah antara gambaran keterasingan yang sedang dialami oleh Islam sekarang. Pada zaman Sahabat, keterasingan diantara syirik yang jelas dan tauhid yang bersih, juga diantara kekufuran yang nyata dan keimanan yang benar.
▪Manakala keterasingan pada masa ini, terjadi diantara kaum muslimin itu sendiri. Kebanyakkan mereka tauhidnya masih dicemari dengan noda-noda dan ibadah-ibadah kepada selain Allah. Namun mereka mengaku beriman!
▪Cara menyelesaikan masalah ini adalah dengan:
1⃣ Memberikan perhatian terlebih dahulu dalam masalah ini (pentingnya berilmu dalam hal tauhid/aqidah dan menyampaikannya)
2⃣ (akan bersambung sesi berikutnya)
Bersambung insyaAllah.
📚 WhatsApp طريق السلف 📚