🏘️ 🌹Dua Kenikmatan Besar Dari Allah Yang Mententeramkan Jiwa Seorang Suami
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
والله جعل لكم من بيوتكم سكنا
“Dan Allah menjadikan rumah-rumah bagimu sebagai tempat tinggal.” (An-Nahl: 80)
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
ومن أياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaranNya) ialah Allah ciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya.” (Ar-Rum: 21)
• Pada kedua ayat ini Allah namakan rumah tempat tinggal dan juga isteri sebagai “sakan” dan “litaskunu”, kerana pada keduanya seorang lelaki mendapatkan ketenangan dan ketenteraman.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوۡمِهِۦ يَٰقَوۡمِ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ جَعَلَ فِيكُمۡ أَنۢبِيَآءَ وَجَعَلَكُم مُّلُوكٗا وَءَاتَىٰكُم مَّا لَمۡ يُؤۡتِ أَحَدٗا مِّنَ ٱلۡعَٰلَمِينَ
“Dan (ingatlah), ketika Musa berkata kepada kaumnya, “Wahai kaumku, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu, ketika Dia mengangkat nabi-nabi di antaramu dan menjadikan kamu sebagai orang yang merdeka dan memberikan kepada kamu apa yang belum pernah diberikan kepada seorang pun di antara umat yang lain.” (Al-Ma’idah: 20)
• Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata, “Di kalangan Bani Israel jika seseorang memiliki isteri, pembantu dan rumah, maka disebut sebagai raja”.
• Abdullah bin Amr bin Ash رضي الله عنهما ketika ditanya, “Bukankah kita termasuk fuqoro muhajirin (orang faqir dari kalangan muhajirin)?” Jawab beliau, “Bukankah kamu mempunyai isteri yang kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya?” Dia menjawab, “Ya aku mempunyainya“. “Bukankah kamu mempunyai rumah yang kamu tinggal di dalamnya?” Dia menjawab, “Ya aku mempunyainya“. Maka Abdullah bin Amr berkata, “Jika demikian, maka kamu termasuk orang kaya”. Orang itu berkata, “Bahkan aku juga mempunyai pembantu”. Maka kata Abdullah bin Amr, “Jika begitu, maka kamu seorang raja”.
📂 Tafsir Ibnu Katsir 3/73
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf