Dua Jenis Wanita
• Allah سبحانه وتعالى berfirman:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ فَٱلصَّٰلِحَٰتُ قَٰنِتَٰتٌ حَٰفِظَٰتٞ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ وَٱلَّٰتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَٱهۡجُرُوهُنَّ فِي ٱلۡمَضَاجِعِ وَٱضۡرِبُوهُنَّۖ فَإِنۡ أَطَعۡنَكُمۡ فَلَا تَبۡغُواْ عَلَيۡهِنَّ سَبِيلًاۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيّٗا كَبِيرٗا
“Laki-laki (suami) itu pemimpin bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dari hartanya. Maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khawatirkan akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (pisah ranjang) dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Mahatinggi, Maha Besar.” (An-Nisa: 34)
• Asy-Syaikh Ibnu Utsaimin رحمه الله berkata, “Allah سبحانه وتعالى membahagi wanita menjadi dua yang pertama:
1) Yang solehah lawan dari wanita yang rosak. Dia adalah isteri yang menunaikan hak Allah dan hak suaminya, yang menjaga diri (ketika suaminya tidak ada). Ertinya dia jaga dia tutupi segala yang tidak diketahui orang tentang rumah tangganya. Segala yang berkaitan tentang suaminya termasuk hubungan antara dia dengan suaminya. Maka isteri yang solehah tidak akan ada seorang pun yang mengetahui rahsia rumah tangganya, jika dia ditanya tentang rumah tangganya, dia akan menjawab kami baik-baik saja.
Lihatlah kisah salah satu isteri Nabi Ismail عليه السلام, ketika Nabi Ibrahim عليه السلام bertanya tentang rumah tangganya, dia berkeluh kesah dan membongkar aib-aib suaminya. Maka Nabi Ibrahim عليه السلام katakan kepadanya, “Jika suamimu pulang, sampaikan kepadanya agar mengganti daun pintu rumahmu (kinayah tentang isteri kerana apa yang di dalam rumah tertutup atau terlihat tergantung pintunya terbuka atau tertutup).”
Adapun isteri yang kedua, ketika ditanya tentang rumah tangganya, dia puji suaminya dan dia sampaikan yang baik. Maka Nabi Ibrahim عليه السلام berkata, “Jika suamimu datang, sampaikan kepadanya untuk mempertahankan daun pintunya.”
Maka di antara para isteri ada yang suka mengeluh, membongkar tentang rumah tangganya, dia ceritakan segala sesuatu tentang rumah tangganya. Bahkan sebahagian isteri berani berbicara lebih dari itu (na’udzubillah), dia sampaikan apa yang terjadi antara dia dan suaminya, bahkan dalam masalah rahsia yang tidak mungkin diketahui kecuali oleh suaminya.
Isteri yang seperti ini bukan isteri yang solehah sama sekali. Hilang kesolehahannya sebatas hilangnya penjagaannya.
2) Jenis isteri yang kedua berbeza dengan yang pertama yang Allah sebutkan, “Yang kalian khawatirkan akan nusyuznya”. Bagaimana dikhawatirkan nusyuznya, ketika tampak tanda-tandanya seperti melonjak, tidak menunaikan hak-hak suaminya atau menunaikan hak-hak suaminya namun dengan kejengkilan (tidak dengan senang hati).
Jika seorang isteri nusyuz, gugur baginya hak-haknya, nafkah mahupun lainnya, kerana nafkah merupakan timbal balik. Maka jika tidak ada timbal balik, gugurlah nafkah tersebut.
Lalu adakah ubat bagi nusyuz?
Ada, Allah سبحانه وتعالى sebutkan dalam ayat, “Hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkan mereka di tempat tidur (pisah ranjang) dan kalau perlu pukullah mereka (dengan pukulan yang mendidik, bukan untuk menyakiti).”
✍ Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
ll مجموعة طريق السلف ll
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf
http://instagram.com/majmuahthoriqussalaf
http://m.youtube.com/@MajmuahThoriqusSalaf