🌹🌸Cinta Kerana Allah🌸🌹
1⃣ Makna Al-Wala’
✅ Al-Wala’ wal Bara’ merupakan tema aqidah yang penting, dan makna keduanya adalah cinta dan benci kerana Allah. Al-Wala’ maksudnya ialah kedekatan hati antara kaum muslimin, adanya saling cinta sesama mereka kerana Allah, saling tolong menolong serta bahu membahu demi Allah.
📖 Allah berfirman, “Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kalian semua, agama yang satu, dan Aku adalah Rabb kalian, maka ibadahilah Aku.” (Al-Anbiya: 92)
📕Rasulullah bersabda, “Perumpamaan kaum mukminin dalam rasa cinta, kasih sayang, dan belas kasihnya bagai satu tubuh. Apabila satu bahagian tubuh merasa sakit (menderita) maka menjalarlah penderitaan ke seluruh tubuh hingga tak dapat tidur dan panas demam.” (HR Bukhari)
📕Rasulullah bersabda, “Seorang mukmin terhadap mukmin yang lain laksana satu bangunan yang saling menguatkan satu sama lain”. Lalu baginda mendekatkan jari jemarinya.” (HR Bukhari)
📕Rasulullah bersabda, “Tidak sempurna keimanan salah seorang di antara kalian hingga ia mencintai untuk saudaranya sebagaimana ia mencintai untuk dirinya sendiri.” (HR Bukhari)
✅ Maka Al-Wala’ maknanya dekat dan saling mendekatnya hati orang-orang yang beriman. Inilah inti pokok Al-Wala’ sekalipun badan mereka berada saling berjauhan.
2⃣ Tanda-Tanda Al-Wala’ Di Antara Kaum Mukminin
☝🏽Di antara tanda-tanda adanya kecintaan dan kesannya adalah:
➡ Saling Ziarah
📕 Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seorang laki-laki (dari orang-orang sebelum kita) mengunjungi saudaranya di daerah lain”. Maka Allah hendak mengujinya, sehingga Allah perintahkan seorang malaikat untuk menghadangnya (iaini di tengah perjalanannya), lalu malaikat tersebut bertanya, “Hendak kemanakah engkau?”. Orang itu menjawab, “Aku ingin mengunjungi saudaraku di kampung ini”. Malaikat berkata, “Apakah ada satu kenikmatan yang engkau ingin membalasnya (kerana hutang budi)?”. Dia menjawab, “Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah”. Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, (untuk menyampaikan) bahawa Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintainya kerana Allah.” (HR Muslim)
➡ Bermajlis Bersama Kaum Mukminin
📖 Allah berfirman, “Dan bersabarlah engkau bersama orang-orang yang menyeru Rabbnya di pagi dan malam hari dengan mengharap wajahNya.” (Al-Kahfi: 28)
➡ Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
✅ Demikian pula termasuk di antara kesan kecintaan ini adalah amar ma’ruf nahi mungkar. Maka seorang muslim mengajak saudaranya kepada perkara yang ma’ruf, iaitu melaksanakan segala kebaikkan dan ketaatan, sebab di dalamnya terdapat manfaat yang disegerakan (duniawi) mahupun yang ditunda (ukhrawi), sebagimana pula (agar) dia melarang saudaranya dari kemungkinan, iaitu (dari) setiap kemaksiatan dan penyelesihan, sebab di dalamnya terdapat mudharat, baik yang disegerakan (di dunia) mahupun yang ditunda (di akhirat).
📖 Allah berfirman, “Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya.” (At-Taubah: 71)
👍🏽 🌹Inilah di antara tanda-tanda keimanan dan cinta kerana Allah.
📂 (Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan, Kitab Al-Wala’ wal Bara’ fil Islam & Hukmul Hubb fillah wal Bughdhu fillah, hlm. 12-17, terjemahan & terbitan Maktabah Al-Huda)
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com