Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

bolehkah menghukumi/melabel seseorang sebagai syahid atau syuhada?

9 tahun yang lalu
baca 3 menit
Bolehkah Menghukumi/Melabel Seseorang Sebagai Syahid atau Syuhada?

🌺🌹Soal Jawab Seputar Pelajaran Kitab Ushul as-Sunnah Bersama asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali

⚡Bolehkah Menghukumi/Melabel Seseorang Sebagai Syahid atau Syuhada?

❓Soal:
Apakah boleh memutlakkan vonis (hukum) bahawa si fulan syahid?

✅ Jawab:
☝Jika memastikannya, tidak boleh. Kerana perkara seperti ini -sebagaimana yang telah kita baca-, “TIDAK BOLEH SESEORANG DIPASTIKAN MASUK SYURGA ATAUPUN NERAKA”. DAN JIKA KITA NENGATAKAN BAHAWA FULAN SYAHID, MAKA BERERTI KITA TELAH MEMASTIKANNYA DENGAN SYURGA. (Imam Bukhari telah membuat salah satu bab dalam kitab Shahihnya: Bab La Yuqalu Fulan Syahid. -pent.). Padahal kita tidak boleh mempersaksikan atas seorangpun mendapat Syurga, kecuali hanya orang-orang yang telah dipersaksikan oleh Allah dan RasulNya. Seperti 10 orang sahabat yang diberi khabar gembira dengan Syurga. Juga para sahabat Ahli Badr dan Bai’at Ridhwan. Demikian pula seperti sahabat wanita yang tertimpa epilepsi (sawan), lalu Rasulullah mempersaksikan atasnya akan mendapat Syurga. Ada lagi Abdullah bin Sallam dan yang semisal mereka ini. Adapun selain mereka, maka kita tetap mengharapkan Syurga atas mereka, jika mereka termasuk orang-orang soleh. Namun kita juga mengkhawatirkan mereka di saat yang sama. Tanpa kita memastikan Syurga ataupun Neraka atas mereka. Kita hanya menaruh harapan untuk mereka.

✊Tetapi orang-orang ekstrim itu mengatakan, “Fulan syahid”. Untuk siapa? Untuk seorang Rafidhi penyeru bid’ah yang sesat, mereka katakan, “Syahid”. Sedangkan untuk para ulama Sunnah, “Antek (pengikut) pemerintah!” dan “Mata-mata intelijen!”. Jika meninggal salah satu dari para ulama ini, mereka tidak pernah mengatakan, “Syahid”. Syaikh Jamilurrahman ketika terbunuh (di Afghanistan), apa mereka katakan, “Syahid”??! Beliau telah berjihad selama sepuluh tahun atau lebih, bahkan beliau termasuk yang pertama-tama mengusung bendera jihad (di sana), lalu mendirikan wilayah kekuasaan yang menerapkan syariat Islam, namun ketika beliau terbunuh secara terzhalimi, mereka tak pernah menyebutnya, “Syahid”…

📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚