Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

bertaubat sehingga syaitan marah/sakit hati

6 tahun yang lalu
baca 4 menit
Bertaubat Sehingga Syaitan Marah/Sakit Hati

💡🍂 Bertaubat Sehingga Syaitan Marah/Sakit Hati

☝🏼Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah رحمه الله berkata, “Sebahagian manusia ada yang berkata kepada syaikhnya, “Sesungguhnya aku telah berbuat dosa.”
• Syaikhnya menjawab, “Maka bertaubatlah engkau!”
• Sang murid berkata, “Lalu aku mengulangi lagi dosanya.”
• Syaikhnya menjawab, “Maka bertaubatlah engkau!”
• Sang murid berkata lagi, “Lalu aku mengulangi lagi dosanya.”
• Syaikhnya menjawab, “Maka bertaubatlah engkau.”
• Murid bertanya, “Sampai bila?”
• Syaikhnya menjawab, “Sampai engkau membuat marah/sakit hati Syaitan”.” (Fatawa Ibnu Taimiyyah 7/492)

يقول شيخ الإسلام ابن تيمية – رحمه الله تعالى – :
‏ قـالـ بعضهم لشيخه : إني أذنب
‏ قـالـ : تب‏ قـالـ : ثم أعود قـالـ : تب
‏ قـالـ : ثم أعود‏ قـالـ : تب‏ قـالـ : إلى متى
‏ قـالـ : إلى أن تُحزن الشيطان .

‏ فتاوى ابن تيمية (492/7)
➖➖➖➖➖➖➖➖
☝🏼Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله menjelaskan, “Seseorang hamba jika terus bertaubat setelah setiap kali berbuat dosa akan diampuni Allah. Allah berfirman:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ (سورة آل عمران, آية ١٣٥)

📖 “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.” (Ali-Imran: 135)

✅ Yang dimaksudkan tidak meneruskan perbuatan dosa adalah ketika seorang hamba bermaksiat dan enggan bertaubat. Maka jika dia bermaksiat lalu bertaubat, tetap akan diampuni sebanyak apapun maksiatnya.

قال اللهُ : يا ابنَ آدمَ ! إنك ما دعوْتَنِي ورجوتني غفرتُ لك على ما كان فيك ولا أُبالي ، يا ابنَ آدمَ ! لو بلغت ذنوبُك عنانَ السماءِ ثم استغفرتني غفرتُ لك ولا أُبالي ، يا ابنَ آدمَ ! إنك لو أتيتني بقُرابِ الأرضِ خطايا ثم لقيتَني لا تُشركُ بى شيئًا ؛ لأتيتُك بقُرابِها مغفرةً.

📕 “Allah berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa padaKu, berharap padaKu, maka akan Aku ampuni semua dosamu dan Aku tidak peduli.
• Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai hujung langit, kemudian engkau istighfar padaKu, akan Aku ampuni dan Aku tidak peduli.
• Wahai anak Adam jika engkau datang padaKu dengan sebesar bumi dosa selama engkau tidak musyrik padaKu, akan Aku datangkan padamu sebesar bumi itu pula ampunanKu.” (HR Tirmidzi dari Anas bin Malik)

☝🏼Demikian Rasulullah ﷺ ajarkan:

وأتبع السيئة الحسنة تمحها

📕 “Dan ikuti kejelekan dengan kebaikan kerana itu menghapuskannya.” (HR Tirmidzi dari Abu Dzar)

❗Kalau seperti ini janji ampunan Allah bagi yang bermaksiat selama mereka mahu bertaubat, bagaimana Syaitan tidak marah/sakit hati? Padahal dia menggoda manusia dengan tujuan agar manusia ini binasa dan diazab Allah.”

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله

📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf