🌺🌹Soal Jawab Seputar Pelajaran Kitab Ushul as-Sunnah Bersama asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali
⚡Berkata Jelek Tentang Para Sahabat Nabi
❓Soal:
Jika salah seorang dari orang-orang masa ini yang berkata-kata (jelek) terhadap para sahabat, apakah boleh kita katakan bahawa ucapannya itu masuk dalam bab (penukilan) ucapan sebahagian kalangan salaf terdahulu terhadap sebahagian sahabat? Dan bagaimana kita membantah syubhat seperti ini?
✅ Jawab:
☝Yang berkata-kata (jelek) terhadap para sahabat dari kalangan salaf terdahulu ialah Khawarij dan Rawafidh (Syiah). Adapun Ahlus Sunnah dan kalangan salaf (yang sebenarnya), mereka tidak membicarakan (kejelekkan) sahabat. Sehingga yang dimaksudkan “salaf” bagi orang tadi (yang membawa syubhat itu) adalah Khawarij dan Rawafidh. Ya, kerana Ahlus Sunnah dan Salafi -demi Allah-, mereka sangat menjaga kehormatan para sahabat. Berkata Umar bin Abdul Aziz:
“Merekalah satu kaum yang Allah jaga pedang-pedang kita dari darah mereka, maka jagalah lisan-lisan kita dari (menjatuhkan) kehormatan mereka!”
📂 (Faedah dari Kitab Syarh Ushul as-Sunnah, karya asy Syaikh Rabi’ al-Madkhali, diterbitkan Maktabah Al Huda, diterjemahkan Ustadz Muhammad Higa)
📚