Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

beriman kepada nabi & rasul (bahagian 3)

9 tahun yang lalu
baca 4 menit
Beriman Kepada Nabi & Rasul (Bahagian 3)

🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳
BERIMAN KEPADA NABI & RASUL (3️⃣)

📜 Perbezaan Nabi dan Rasul

➖ Para ulama’ berbeza-beza dalam menyimpulkan perbezaan antara Nabi dan Rasul, diantaranya adalah sebagai berikut :

❶. 👉🏼 Nabi adalah seorang lelaki merdeka yang menerima wahyu dari Allah ﷻ, akan tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikannya kepada yang lain.
👉🏼 Adapun Rasul adalah seorang lelaki merdeka yang menerima wahyu dari Allah ﷻ, dan diperintahkan untuk menyampaikannya kepada umatnya.

❷. 👉🏼 Nabi adalah seorang lelaki merdeka yang diperintahkan oleh Allah untuk menyeru (berda’wah) kepada syariat Rasul sebelumnya, dia tidak menerima wahyu baru.
👉🏼 Adapun Rasul adalah seorang lelaki merdeka yang diutus oleh Allah ﷻ dengan syari’at baru.

❸. 👉🏼 Nabi adalah seorang lelaki merdeka yang menerima wahyu dari Allah ﷻ berupa syari’at dan berkewajipan menyampaikannya kepada umat yang beriman.
👉🏼 Sedangkan Rasul adalah seorang lelaki merdeka yang menerima wahyu dari Allah ﷻ berupa syari’at dan berkewajipan menyampaikannya kepada umat, dan diutus kepada umat yang menentang.

🌹 Setiap Rasul pasti Nabi, namun Nabi belum pasti Rasul. Sebagaimana definisi diatas, Nabi adalah dari kalangan lelaki, tidak ada yang berasal dari kalangan wanita yang menjadi Nabi.

Allah ﷻ berfirman :
❝Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepadanya diantara penduduk negeri.❞
۝ (ǫs. ʏᴜsᴜғ : 109)

..🖋 Al-Imam Ibnu Katsir رحمه الله mengatakan,
“Allah memberitakan bahawa Dia mengutus para Rasul-Nya dari kalangan lelaki, tidak dari kalangan wanita. Ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama. … sebahagian kalangan beranggapan bahawa Sarah (Isteri Nabi Ibrahim عليه السلام ), ibunya Nabi Musa, Maryam ibunya Nabi ‘Isa adalah para nabi dari kalangan wanita, dengan dalil bahawa malaikat memberikan berita gembira kepada Sarah dengan kelahiran Ishaq, dan malaikat datang kepada Maryam memberikan berita gembira dengan kelahiran ‘Isa.

Memang hal itu terjadi pada mereka, namun hal itu tidak bererti mereka menjadi nabi dengan itu. … maka pendapat yang diyakini oleh para Imam dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah, dan itu pendapat yang dinukil oleh al-Imam Abul Hasan al-Asy’ari رحمه الله dari para imam tersebut, bahawa TIDAK ADA nabi dari kalangan wanita. Yang ada dari kaum wanita hanyalah ‘shiddiqah’…”
📒 (ᴛᴀғsɪʀ ɪʙɴᴜ ᴋᴀᴛsɪʀ, sᴜʀᴀʜ ʏᴜsᴜғ : 109)

Status sebagai Nabi atau Rasul merupakan kurnia Allah ﷻ yang Allah ﷻ kurniakan kepada orang-orang yang dipilih oleh-Nya.
Sebagaimana firman Allah ﷻ :

❝Allah memilih rasul-rasul (Nya) dari malaikat dan dari manusia; sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.❞
۝ (ǫs. ᴀʟ-ʜᴀᴊᴊ : 75)

‼️ Kenabian bukanlah kedudukan yang dapat diraih dengan tekunnya amal, kesungguhan ibadah ataupun pelatihan jiwa, sebagaimana diyakini oleh sebahagian orang.
❌ Menurut mereka, seseorang dapat meraih untuk menjadi nabi kerana memiliki kekuatan daya fikir, kemampuan mengkhayal dan memiliki retorika yang jitu untuk mempengaruhi orang lain.

📢❌❗️ Maka jangan hairan bila sebahagian orang mengklaim dirinya telah mencapai martabat nabi,

SUBHANALLAH ❗️
Tentu saja anggapan tersebut merupakan AQIDAH YANG BATIL, terbantah dengan firman Allah ﷻ diatas, terbantah pula dengan firman Allah ﷻ :

❝Allah lebih mengetahui di mana Dia menempatkan tugas kerasulan.❞
۝ (ǫs. ᴀʟ-ᴀɴ’ᴀᴍ : 124)

📮(bersambung, إن شــاء الله )

📝 Disalin dari Buletin Saku al-Ilmu, edisi 18/1435H/2014M

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf

🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳🌤🌳