Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

beberapa mafsadah (keburukkan) ketika seorang suami tunduk & mengalah kepada isterinya

8 tahun yang lalu
baca 3 menit
Beberapa Mafsadah (Keburukkan) Ketika Seorang Suami Tunduk & Mengalah Kepada Isterinya

‼❎ Beberapa Mafsadah (Keburukkan) Ketika Seorang Suami Tunduk & Mengalah Kepada Isterinya

☝🏼Syaikh Soleh alu-Syaikh berkata, “Tidak diragukan lagi bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah wajib. Maka wajib atas isteri dalam bermuamalah dengan suaminya untuk selalu taat dan redho, sehingga isterilah yang tunduk dan mengalah.

❎ Jangan malah ia jadikan suaminya yang tunduk dan merendah kepadanya, kerana kalau itu terjadi akan banyak kerosakan.

☝🏼Dari apa yang disampaikan oleh para hakim tentang kes ketaatan suami pada isterinya yang berdampak kekuasaan isteri atas sang suami, yang mana pada akhirnya isteri tidak merasa puas dengan suaminya yang telah mentaatinya dan berusaha bermuamalah dengannya sebaik mungkin, akan tetapi ia jadikan suaminya taat padanya dalam segala kemahuannya.

❎ Akibat dari semua itu si isteri justeru benci kepada suaminya. Hal itu kerana tabiat bawaan (fitrah) seorang wanita perlu diatur dan dipimpin.

☝🏼Dan jika seorang suami memimpin isterinya, membimbingnya dan memperlakukan pada isterinya apa yang Allah perintahkan, maka hasil yang baik akan mereka berdua rasakan.” (Kaset as-Saalib Syariyah fit Taamul Ma’an Naas)

✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri berkomentar/berdoa:

“ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين”

➖➖➖➖➖➖➖➖➖

من مفاسد خضوع الرجل لزوجته وتنازله لها

قال الشيخ صالح آل الشيخ حفظه الله، “ولا شك أن طاعة المرأة لزوجها فرض ، والمرأة يجب عليها أن تكون في تعاملها مع زوجها مطيعة راضية ، وأن تكون هي المتنازلة هي التي تخضع ، و ألا تجعل الرجل هو الذي يخضع لها ، وهو الذي يذل ، لأن في فعل ذلك مفاسد ، ومن تحدث من القضاة عن مسائل طاعة الزوج لزوجته ، وما حصل من تسلط بعض النساء على الأزواج ،كان نهايتها أن المرأة لم تقتنع بزوجها الذي أطاعها ،والذي عمل معها ما عمل من أنواع التعاملات الطيبة ، ولكن جعلته يطيع في كل ما تشتهي ، فكانت العاقبة أن كرهته لأن المرأة بطبيعتها تحتاج إلى من يقوم عليها ، وإذا قام الرجل عليها ، و أدبها وسعى معها فيما أمر الله جل وعلا ، فان العاقبة لهما جميعا ” (شريط الأساليب الشرعية في التعامل مع الناس)

📂 (Faedah ilmiah dari al-Ustadz Usamah Mahri di WhatsApp طريق السلف)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf