🌏🌹🌈 Bagaimana Caranya Agar Umat Ini Dapat Bersatu? (Bahagian 1)
✍🏻 Berkata asy-Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan حفظه الله:
1⃣ Pertama: Memperbetulkan aqidah. Iaitu aqidah umat harus bersih dari kesyirikkan. Allah Ta’ala berfirman:
وإن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاتقون
📖 “Sesungguhnya (agama Tauhid) ini, adalah agama kalian semua, agama yang satu, dan aku adalah Rabb kalian, maka bertakwalah kepadaKu.” (Al-Mu’minun: 52)
🌼 Kerana aqidah yang benar itulah yang akan mempersatukan hati dan menghilangkan kedengkian. Beza halnya jika aqidahnya beragam/bermacam-macam dan yang disembah juga bermacam-macam (maka akan timbul perpecahan, pen). Kerana penganut-penganut aqidah itu akan masing-masing menyendiri bersama aqidah (keyakinan) dan sesembahannya, serta memandang aqidah pihak lain sebagai aqidah yang batil/salah.
🕌 Allah Ta’ala berfirman:
أَأَرْبَابٌ مُّتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللَّهُ الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ (39)
📖 “Manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?” (Yusuf: 39)
❗Oleh kerana itu, dulu bangsa Arab pada zaman Jahiliyyah, mereka tercerai berai dan lemah di muka bumi. Ketika mereka masuk Islam dan aqidahnya telah diluruskan, maka barisan mereka pun terpadu dan negara mereka bersatu.
📚 Al-Ajwibah al-Mufidah 211 – 213
Bersambung insyaAllah.
🌠📝📡 Majmu’ah Manhajul Anbiya
📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf