Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

arab saudi & wahabisme (bahagian 3 – akhir)

8 tahun yang lalu
baca 4 menit
Arab Saudi & Wahabisme (Bahagian 3 – Akhir)

Arab Saudi & Wahabisme (Bahagian 3 – Akhir)

Samahatu asy-Syaikh al-‘Allamah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah,

Soalan:
“Apakah itu Wahabiyyah (Wahabisme)? Apakah itu merupakan mazhab kelima, ataukah mengikuti salah satu dari mazhab yang empat?”

Jawapan:
“Gelaran ini digunakan oleh ramai orang untuk dakwah yang ditegakkan oleh asy-Syaikh al-Imam Muhammad bin ‘Abdil Wahhab bin Sulaiman at-Tamimi al-Hanbali rahimahullah. Orang-orang menyebut beliau dan para pengikutnya dengan sebutan “Wahabi”.

Setiap orang yang memiliki ilmu paling rendah sekalipun telah tahu tentang gerakkan dakwah asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab. Bahawa beliau berdakwah menyebarkan tauhid yang murni, dan memperingatkan dari kesyirikkan dengan berbagai jenisnya, seperti bergantung kepada orang-orang yang sudah mati, atau kepada pohon dan batu, serta yang lainnya.

Beliau dalam hal aqidah berjalan di atas mazhab Salafusoleh. Dalam masalah pembahasan hukum-hukum yang bersifat cabang, beliau mengikuti mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal asy-Syaibani rahimahulllah. Hal ini sebagaimana ditunjukkan oleh kitab-kitab karya beliau dan fatwa-fatwa beliau, serta kitab-kitab para pengikut beliau, baik dari putera-putera mahupun cucu-cucu beliau, dan yang lainnya. Semuanya telah tercetak dan tersebar di tengah umat.

al-Imam Muhammad bin ‘Abdil Wahhab menegakkan dakwahnya pada waktu keterasingan Islam benar-benar kuat dan menggoncangkan Jazirah Arab dan wilayah-wilayah lainnya. Kecuali yang Allah kehendaki untuk dicabut kebodohan darinya.

Di Jazirah Arab ketika itu tersebar penyembahan terhadap berhala-berhala yang dijadikan sebagai tandingan bagi Allah.

Maka tidak ada pilihan bagi asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab kecuali harus menyingsingkan lengan baju, bekerja keras, dan berjuang serta mengerahkan segala kemampuannya untuk menumpas berbagai penyimpangan yang terjadi. Untuk itu beliau mengunakan berbagai kaedah (yang syar’i, pen.) agar dapat menyebarkan Tauhid yang bersih dari khurafat di tengah-tengah umat.

Merupakan nikmat Allah, tatkala Allah berikan taufiq kepada al-Imam Muhammad bin Su’ud (Bani Su’ud) pimpinan negeri Dir’iyyah pada waktu itu untuk mahu menerima dakwah ini. Sehingga beliau pun berjalan bersama asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab di jalan dakwah. Beliau dan anak-anaknya, serta semua yang berada di bawah pemerintahan beliau, juga para pengikutnya dalam kebaikkan ini. Semoga Allah memberikan balasan kepada mereka dengan segala kebaikkan, dan mengampuni mereka. Serta memberikan taufiq keturunan mereka semuanya kepada segala amal yang padanya terdapat keredhaanNya dan kebaikkan untuk hamba-hambaNya.

⛱ Wilayah Jazirah Arab terus hidup di bawah naungan dakwah penuh kebaikkan ini hingga hari ini.

Dakwah asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab merupakan dakwah yang sesuai dengan Kitabullah dan Sunnah RasulNya. “Wahabiyyah” bukanlah mazhab kelima sebagaimana yang disangka oleh orang-orang yang tidak mengerti atau menentang. Namun dia adalah dakwah kepada Aqidah Salafiyyah dan pembaharuan terhadap tonggak-tonggak Islam dan Tauhid yang telah hilang di Jazirah Arab sebagaimana telah lalu penjelasannya.”

http://www.alifta.net/Fatawa/fatawaDetails.aspx?languagename=ar&View=Page&PageID=67&PageNo=1&BookID=4

Majmu’ah Manhajul Anbiya

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf