Arab Saudi & Wahabisme (Bahagian 2)
Samahatu asy-Syaikh al-‘Allamah ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah,
“Sesungguhnya dakwah al-Imam asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab – rahimahullah – adalah Dakwah Islamiyyah, dakwah yang diserukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya yang mulia serta diserukan pula oleh salafusoleh.
Oleh kerana itu dakwah ini berjaya dan meraih pengaruh yang sangat besar, meskipun musuh-musuh dan penentangnya sangat banyak di dunia Islam. Hal ini sebagai bukti kebenaran sabda Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam :
لا تزال طائفة من أمتي على الحق ظاهرين لا يضرهم من خذلهم ولا من خالفهم حتى يأتي أمر الله
“Akan senantiasa ada sekelompok dari umatku yang terus berjaya di atas al-haq. Mereka tidak akan dirugikan oleh siapapun yang melecehkan dan menentang mereka, hingga datang perintah Allah.” (Muttafaqun alaihi)
Dakwah ini meskipun merupakan rangkaian dakwah pembaharuan, terhubung dengan mazhab salaf yang telah mendahuluinya, di samping dakwah ini juga tidak keluar dari mazhab salaf, hanya saja dakwah ini perlu usaha yang serius untuk mempelajari dan perhatian terhadapnya, serta memberikan pencerahan terhadap umat tentang hakikat dakwah ini.
Kerana banyak dari umat ini yang masih tidak mengerti tentang hakikatnya. Juga kerana dakwah ini menghasilkan buah yang sangat besar yang belum pernah diperoleh oleh tokoh pembaharu siapapun sebelum beliau (asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdil Wahhab) setelah masa tiga generasi yang utama (iaini setelah masa para sahabat, tabi’in, dan tabi’ut tabi’in, pen).
Iaitu dakwah ini telah berhasil mewujudkan sebuah masyarakat yang mengamalkan syariat Islam, mewujudkan sebuah daulah (negara) yang percaya terhadap dakwah ini dan menerapkan hukum-hukumnya dengan penerapan yang bersih dan murni dalam segala aspek kehidupan manusia, baik dalam aspek aqidah, hukum, tradisi, denda, ekonomi, dan yang lainnya.
Kenyataan inilah yang membuat sebahagian ahli sejarah dakwah ini mengatakan, “Sesungguhnya sejarah Islam setelah masa kenabian dan khulafaur rasyidin belum pernah menyaksikan komitmen yang menyeluruh terhadap hukum-hukum Islam sebagaimana yang disaksikan oleh Jazirah Arab di bawah naungan Daulah Arab Saudi, yang mendukung dan membela dakwah ini.”
⛵ Alhamdulillah, negara ini terus menikmati hasil-hasil dakwah ini dalam bentuk keamanan, ketenangan, dan kenyamanan hidup. Jauh dari bid’ah dan khurafat yang telah banyak merugikan banyak negara-negara Islam.
Kerajaan Arab Saudi, baik pemerintahnya mahupun ulamanya, selalu mengedepankan kepentingan kaum muslimin di dunia semuanya. Sangat optimis untuk menyebarkan Islam di berbagai belahan dunia. Agar semua juga dapat merasakan kenikmatan sebagaimana negara ini.”
http://www.alifta.net/Fatawa/fatawaDetails.aspx?languagename=ar&View=Page&PageID=69&PageNo=1&BookID=4
Majmu’ah Manhajul Anbiya
WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
http://telegram.me/thoriqussalaf