Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

antara amalan sedekah & dosa besar di jalanan

8 tahun yang lalu
baca 3 menit
Antara Amalan Sedekah & Dosa Besar Di Jalanan

⚡Antara Amalan Sedekah & Dosa Besar Di Jalanan

Asy-Syaikh Shalih Fauzan al-Fauzan -حفظه الله- berkata, “Beliau (Rasulullah) ﷺ bersabda:

“Engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.”

☝Iaitu engkau menghilangkan rintangan yang mengganggu pejalan kaki dari jalan kaum muslimin atau dari jalan manusia secara umum dan dari jalannya haiwan-haiwan.

❌ Engkau tidak boleh meletakkan sesuatu yang boleh mengganggu aktiviti di jalan tersebut. Engkau tidak boleh membiarkan rintangan yang diletakkan orang atau rintangan yang memang sudah ada di jalan tersebut. Kerana rintangan tersebut boleh mengganggu dan menghalangi orang yang melalui jalan tersebut, seperti duri, tongkat atau apa pun yang mengganggu orang lalu. Hendaknya engkau menghilangkan dan menyingkirkannya dari jalan tersebut. Ini merupakan bentuk sedekah darimu kerana engkau telah berbuat baik kepada mereka. Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ bersabda:

“Tatkala seseorang melewati sebuah jalan, ia mendapati ranting berduri. Lalu dia menyingkirkannya, maka Allah pun berterima kasih padanya dan mengampuninya.”

❗Dengan sebab satu ranting saja atau satu duri saja yang ia singkirkan dari jalan menjadikan ia masuk ke dalam syurga. Sungguh amalan mudah dan ringan. Kerana dengan perbuatan ini ia telah bebuat baik kepada seluruh pejalan kaki. Maka bagaimana dengan orang yang meletakkan gangguan di jalan? Seperti meletakkan batu bata atau kayu atau besi atau melemparkan minyak yang terkadang menjijikkan atau bahkan najis atau meletakkan sampah-sampah?? Tak diragukan lagi bahawa ini semua adalah bentuk perbuatan dosa besar!!”

(Faedah ilmiah dari Kitab Al Minhatu Ar Rabbaniyah fi Syarhi Al Arba’in An Nawawiyah, karya asy-Syaikh Dr Shalih Fauzan al-Fauzan, terjemahan penerbit Pustaka Al Haura’)

WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf