🍂🔗 Ahlus Sunnah wal Jama’ah Haruskah Dijadikan Rujukan Dalam Beragama? (Bahagian 2)
✅ Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah orang-orang yang paling bersemangat dalam merujuk kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ berdasarkan pada pemahaman para sahabat Nabi ﷺ. Ini adalah PRINSIP UTAMA dalam agama ini dan merupakan satu-satunya kunci bagi umat ini untuk bersatu dan terhindar dari perpecahan. Hal ini ditegaskan dan ditekankan oleh ar-Rasul ﷺ dalam sabdanya:
📕“Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan senantiasa mendengarkan dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang hamba dari Habsyi. Barangsiapa di antara kalian yang hidup (berumur panjang), nescaya akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu, wajib bagi kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para Khulafa’ur Rasyidin. Gigitlah sunnah itu dengan gigi-gigi geraham kalian (peganglah kuat-kuat–red). Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama), kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru yang diada-adakan adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (HR Ahmad dan Ashabus Sunan, kecuali an-Nasa’i)
📕Dan dalam riwayat an-Nasa’i disebutkan bahawa Rasulullah bersabda, ”Dan setiap kesesatan akan masuk an-Nar (neraka).”
☝Ar-Rasul ﷺ juga menjelaskan tentang adanya satu kelompok yang diselamatkan oleh Allah, dan satu-satunya yang selamat dari An-Nar (neraka). Baginda ﷺ bersabda dalam hadits yang diriwayatkan dari sahabat (murid baginda) Mu’awiyah bin Abu Sufyan رضي الله عنهما:
📕”Ketahuilah bahawa Ahlul Kitab sebelum kalian telah terpecah belah menjadi 72 golongan, dan sungguh umat ini juga akan terpecah menjadi 73 golongan. Yang 72 golongan di dalam neraka. Dan satu golongan di dalam Al-Jannah (syurga), mereka itu adalah Al-Jama’ah.” (HR Abu Dawud, Ahmad, ad-Darimi dan al-Hakim. Disahihkan asy-Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah, no. 203-204, I/404)
📕Dalam riwayat lain disebutkan bahawa para sahabat رضي الله عنهم bertanya, ”Siapakah Al-Jama’ah itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab, ”Mereka adalah orang-orang yang berada di atas apa yang aku dan para sahabatku pada hari ini berada di atasnya (manhaj, aqidah, ibadah, mu’amalah, dan akhlaq–red).” (HR ath-Thabarani di al-Mu’jam ash-Shaghir, I/256)
☝Dari hadits-hadits tersebut, Rasulullah menegaskan bahawa satu-satunya ”solusi” agar umat selamat (terhindar) dari perpecahan, kebinasaan, kesesatan adalah hanya dengan mengembalikan segala urusan agama kepada ”Sunnah” baginda ﷺ dan ”Sunnah” para sahabat رضي الله عنهم. Berpegang teguh dengan ”Sunnah” para sahabat Nabi ﷺ bermakna mengembalikan semua pemahaman terhadap Al-Qur’an dan As-Sunnah (Al-Hadits) kepada pemahaman mereka, kerana di tengah-tengah merekalah ayat-ayat Al-Qur’an turun dan mereka mendengar langsung pengertiannya dari Rasulullah ﷺ.
Terlalu banyak untuk disebutkan di sini ayat-ayat Al-Qur’an dan Al-Hadits yang mengabarkan tentang tingginya keutamaan dan kedudukan para sahabat Nabi saw di sisi Allah dan RasulNya.
Bersambung insyaAllah.
📂 (Buletin Islam Al-Ilmu Edisi: 20/V/VIII/1431)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf