🍂🔗 Ahlus Sunnah wal Jama’ah Haruskah Dijadikan Rujukan Dalam Beragama? (Bahagian 1)
☝🏼Para pembaca, semoga Allah senantiasa membimbing kita untuk selalu taat kepadaNya. Kajian kita kali ini diawali dengan suatu pertanyaan yang mungkin membuat para pembaca sedikit mengerutkan dahi. Hal ini dikeranakan adanya kesan yang cukup berat di sebalik jawapan dari pertanyaan tersebut. Suatu jawapan yang akan mengisyaratkan sikap mental dan prinsip kita dalam beragama. Untuk itu, mari kita kaji lebih mendalam istilah tersebut.
▪ Pengertian Ahlus Sunnah wal Jama’ah
1⃣ Definisi As-Sunnah:
As-Sunnah secara bahasa adalah jalan yang ditempuh atau cara pelaksanaan suatu amalan, baik dalam perkara kebaikan mahupun keburukan. (Fathul Bari, karya al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqolany رحمه الله, Jilid 13)
☝Adapun pengertian dalam istilah syari’ah adalah petunjuk dan jalan di mana Rasulullah ﷺ dan para sahabatnya berada di atasnya, baik dalam hal ilmu, aqidah, ucapan, ibadah, akhlaq mahupun mu’amalah. Sunnah dalam makna ini wajib untuk diikuti. (Al-Washiyyah al-Kubra fi ‘Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah, hal.23)
☝Jadi makna as-Sunnah di sini bukan seperti dalam pengertian ilmu fiqih, iaitu suatu amalan yang apabila dikerjakan mendapat pahala, dan apabila ditinggalkan tidak berdosa.
2⃣ Definisi Al-Jama’ah:
Al-Jama’ah, secara bahasa, berasal dari kata “Al-Jam’u” dengan erti mengumpulkan yang bercerai-berai. (Qamus al-Muhith, karya al-Fairuz Abadi رحمه الله)
☝Adapun secara istilah syari’ah bererti orang-orang terdahulu dari kalangan sahabat Nabi ﷺ, Tabi’in, Tabi’ut Tabi’in dan para pengikut mereka hingga Hari Kiamat. Mereka berkumpul dan bersatu di atas al-Haq (kebenaran) yang bersumber dari al-Kitab dan as-Sunnah, serta para imam mereka. (Al-I’tisham, karya al-Imam asy-Syathibi رحمه الله, I/28)
❗Dari penjelasan di atas, maka Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah orang-orang yang konsisten berpegang teguh dengan Sunnah Nabi ﷺ. Mereka adalah dari kalangan sahabat Nabi ﷺ, Tabi’in (murid para sahabat Nabi ﷺ), Tabi’ut Tabi’in (murid para Tabi’in), dan para imam yang mengikuti mereka, serta orang-orang yang mengikuti jalan mereka hingga hari Kiamat dalam perkara aqidah, ucapan, dan amalan. (Syarh al-‘Aqidah ath-Thahawiyah, karya Ibnu Abil ‘Izz al-Hanafy رحمه الله, hal. 33)
Bersambung insyaAllah.
📂 (Buletin Islam Al-Ilmu Edisi: 20/V/VIII/1431)
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf