🌴👜 Adab Terbaik Bagi Seorang Suami Menghadapi Sikap Isterinya
ثم عاجَ برأسِه إلى المرأةِ، فأمَرَ لي بطَعامٍ، فالتَوَتْ عليه، ثُم أمَرَها فالتَوَتْ عليه، حتى ارتَفَعَتْ أصواتُهما، قال: إيهًا، دَعينا عنكِ، فإنّكُنَّ لن تَعْدُونَ ما قال لنا فيكُنَّ رسولُ اللهِ ﷺ، قُلْتُ: وما قال لكم فيهِنَّ رسولُ اللهِ ﷺ؟ قال: المرأةُ ضِلَعٌ، فإنْ تَذهَبْ تُقَوِّمُها تَكسِرْها، وإنْ تَدَعْها ففيها أوَدٌ وبُلْغةٌ، فوَلَّتْ فجاءَتْ بثَريدةٍ كأنّها قَطاةٌ.
Kemudian beliau (Abu Dzar) menoleh ke arah isterinya dan memerintahkan untuk membuat makanan (untuk tetamunya), akan tetapi isterinya berpaling, beliau pun memerintahkan lagi kepadanya dan tetap isterinya berpaling, hingga keras suara keduanya. Lalu Abu Dzar berkata, “Biarkanlah kerana sungguh kalian (wanita) tidak akan melebihi apa yang Rasulullah ﷺ sebutkan tentang kalian.” Aku pun bertanya, “Apa yang Rasulullah ﷺ sebutkan tentang wanita?” Jawab beliau, Rasulullah ﷺ sabdakan, “Wanita itu dari tulak rusuk, maka jika kamu paksa meluruskannya, kamu akan mematahkannya. Namun jika kamu biarkan, maka ada padanya kebengkokan, sekaligus dengannya kamu akan sampai pada keinginanmu.” Setelah beberapa waktu isteri beliau pergi, kemudian datang membawa tsaridah (semacam bubur) seperti burung merpati (ukurannya).
(HR Ahmad 21339)
Hadits di atas mengajarkan kepada kita:
• Adab seorang suami untuk tidak melayani isterinya jika mendebat atau menyalahi perintahnya.
• Terkadang seorang isteri berkata atau berbuat sesuatu hanya kerana emosi atau kondisi psikologinya yang kurang baik yang hal itu tidak ada atau bukan dari hatinya.
• Hendaknya seorang suami memberi waktu kepada isterinya untuk introspeksi diri (menilai diri) dan membenahi dirinya (bukan malah memarahinya atau mengancamnya kerana tidak mahu melaksanakan perintahnya atau mencela dan menghinanya atau bahkan menyakitinya secara fizikal).
• Keutamaan Abu Dzar dan kesabaran serta kebaikan muasyaroh (pergaulan sosial) beliau dengan isterinya, hal itu terbukti bagaimana beliau tidak melayani sang isteri ketika menyalahi perintah beliau, juga beliau tidak marah, tidak mencela justeru beliau beri waktu isterinya untuk introspeksi diri dan terbukti pada akhirnya isterinya pun membuatkan tsaridah.
✍🏼 Al-Ustadz Usamah Mahri حفظه الله
📚 ll مجموعة طريق السلف ll 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 http://telegram.me/thoriqussalaf