Thoriqussalaf
Thoriqussalaf oleh admin

adab-adab & perkara yang harus diperhatikan ketika meruqyah

8 tahun yang lalu
baca 3 menit
Adab-Adab & Perkara Yang Harus Diperhatikan Ketika Meruqyah

🌹🌾📣 Adab-Adab & Perkara Yang Harus Diperhatikan Ketika Meruqyah

1⃣ Menghadirkan hati ketika meruqyah.

2⃣ Meyakini bahawa Allah lah yang menyembuhkan, bukan diri kita.

3⃣ Membaca ayat-ayat ruqyah dengan tadabbur, khusyu’, tenang, perlahan-lahan dan berwudhu’. Dan lebih afdhal menghadap kiblat jika memungkinkan.

4⃣ Jika pesakitnya wanita, yang meruqyah adalah dari kalangan wanita atau mahramnya. Begitu juga sebaliknya. Kerana hukum asalnya apabila meruqyah harus memegang kepalanya dan dibacakan di telinganya. Namun jika tidak ada jantina yang sama atau mahramnya yang mampu meruqyah, maka diruqyah oleh yang lain dibalik hijab/tirai.

5⃣ Jika jin yang merasuk itu mengganas dan bahaya, tidak ada keharusan untuk dipegang, letak di suatu tempat yang selamat dan diruqyah dari jarak yang selamat.

6⃣ Jika jin tersebut kuat, diteruskan membaca ruqyah untuk tujuan melemahkannya. Apabila jin itu sudah melemah, minta dia keluar. Namun jika ditakdirkan ruqyah itu menyebabkan jin itu mati, tidak ada kesalahan pada yang meruqyah.

7⃣ Jangan dilayani jika jin itu mengajak untuk berdialog, seperti mengatakan bacaan kita tidak benar tajwidnya atau lainnya. Teruskan meruqyah sampai dia lemah, sehingga mahu keluar atau diajak masuk ke dalam Islam.

📂 (Faedah ilmiah dari Daurah Kajian Tentang Jin, Sihir & Ruqyah, al-Ustadz Muhammad ‘Afifuddin, Sesi Kelima, Masjid Ma’had al-Manshuroh Banjarbaru KalSel, Syawwal 1437H)

📚 WhatsApp طريق السلف 📚
🌐 www.thoriqussalaf.com
🌐 telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf