Silsilah Mutiara Nasihat Dari Para Ulama Salaf
(Versi Bahasa Melayu)
Bab 1: Berpegang Teguh Dengan Al-Qur'an & As-Sunnah, Mengikuti Atsar Salafusoleh & Menjauhi Bid'ah
Allah berfirman, "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya, dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa." (Al-An'am: 153)
Rasulullah bersabda, "Berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidin yang terbimbing, gigitlah dengan gerahammu dan hati-hatilah kamu terhadap perkara yang baru kerana sesungguhnya setiap bid'ah itu adalah sesat." (HR Ahmad 4/126, Tirmidzi 2676, al-Hakim 1/96, al-Baghawi 1/205 no. 102)
(Sahabat) Ibnu Mas'ud berkata, "Ikutilah dan jangan melakukan bid'ah! Sebab sesungguhnya itu telah cukup bagi kamu. Dan (ketahuilah) bahawa setiap bid'ah adalah sesat." (Ibnu Nashr 28 & Ibnu Wudhdhah 17)
(Tabi'in) Umar Abdul Aziz dalam risalahnya untuk salah seorang pegawainya mengatakan, "Saya wasiatkan kepadamu, bertakwalah kepada Allah dan sederhanalah dalam (menjalankan) perintahNya dan ikutilah sunnah NabiNya dan tinggalkanlah apa yang diada-adakan ahli bid'ah terhadap sunnah yang telah berlalu dan tidak mendukungnya.
Tetaplah kamu berpegang dengan sunnah kerana sesungguhnya ia telah diajarkan oleh orang yang tahu bahawa perkara yang menyelisihinya adalah kesalahan atau kekeliruan, kebodohan dan keterlaluan.
Maka redhailah untuk dirimu apa yang diredhai oleh kaum itu (Sahabat Nabi) untuk diri mereka sebab mereka sesungguhnya berhenti dengan ilmu dan menahan diri dengan basirah yang tajam dan mereka dalam menyingkap hakikat segala perkara lebih kuat (mampu) apabila di dalamnya ada balasan yang baik. J
ika kamu mengucapkan bahawa ada suatu perkara yang terjadi sesudah mereka, maka ketahuilah tidak ada yang mengada-adakan sesuatu sesudah mereka melainkan orang-orang yang mengikuti "sunnah" (tauladan) yang bukan sunnah mereka (sahabat) dan menganggap dirinya tidak memerlukan mereka. Padahal para sahabat itu adalah pendahulu bagi mereka.
Mereka telah berbicara mengenai agama ini dengan apa yang mencukupi dan mereka telah jelaskan segala sesuatu dengan penjelasan yang menyembuhkan, maka siapa yang lebih rendah dari itu bererti kurang dan sebaliknya siapa yang melampaui mereka bererti memberatkan. Maka sebahagian manusia ada yang telah mengurangi hingga mereka kaku, dan ada yang berlebihan hingga mereka ghuluw (ekstrim). Sedangkan para sahabat itu berada di antara keduanya iaitu di atas petunjuk yang lurus."
(Asy-Syari'ah 212)
(Tabi'ut Tabi'in) Al-Auza'i berkata, "Berpeganglah dengan atsar Salafusoleh, meskipun seluruh manusia menolakmu, dan jauhilah pendapatnya orang-orang (yang menyelesihi mereka), meskipun mereka menghiasi perkataannya terhadapmu." (Asy-Syari'ah 63)
Bab 2 : Perintah Istiqamah Dengan Jama'ah Kaum Muslimin & Imam Mereka Serta Peringatan Bahayanya Perpecahan
Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang memisahkan diri dari al-Jama'ah sejengkal sahaja, maka ia telah menanggalkan ikatan Islam dari lehernya." (As-Sunnah Ibnu Abi Ashim dan disahihkan Syaikh al-Albani 892 dan 1053)
Rasulullah ﷺ bersabda, "Berjama'ah itu rahmat dan perpecahan itu azab." (As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 93, hadits hasan)
Rasulullah ﷺ bersabda, "Tiga golongan, jangan kau tanya tentang mereka:
▫️Seorang yang memisahkan diri dari jama'ah, menentang penguasanya dan mati dalam keadaan bermaksiat.
▫️Budak (Hamba) sahaya, laki-laki mahupun perempuan yang lari dari pemiliknya, kemudian mati.
▫️Seorang isteri ketika tidak ada suaminya, padahal telah dicukupi keperluannya, kemudian keluar dgn berhias.
Maka jangan tanya tentang mereka." (HR Ahmad dan As-Sunnah Ibnu Abi Ashim)
(Sahabat) Ibnu Mas'ud رضي الله عنه berkata, "Hai manusia, tetaplah kamu taat dan berada dalam al-Jama'ah, kerana sesungguhnya itu adalah tali Allah yang Ia perintahkan berpegang dengannya, dan sesungguhnya apapun yang tidak disukai dalam jama'ah jauh lebih baik daripada apapun yang disukai di dalam perpecahan." (Al-Ibanah 1/297, no. 133)
(Tabi'ut Tabi'in) Al-Auza'i berkata, "Dikatakan bahawa terdapat lima hal yang sahabat Muhammad ﷺ dan para tabi'in di atasnya, di antaranya (sentiasa) bersama al-Jama'ah." (Al-Lalikai 1/64, no. 48)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖
Al-Ustadz Muhammad as-Sewed menjelaskan, "Al-Jama'ah memiliki dua makna:
▶️ Pertama: Jama'ah bermakna kebenaran dan orang-orang yang berjalan diatasnya.
▶️ Kedua: Jama'ah bermakna kaum muslimin dengan penguasanya.
Maka bersama jama'ah boleh bermakna tetaplah bersama kebenaran dan orang-orangnya. Boleh juga bermakna tetap bersama kaum muslimin dan penguasanya. Tidak ada pertentangan antara keduanya."
Bab 3 : Perintah Mentaati & Memuliakan Penguasa Serta Tidak Memberontak Terhadapnya
Rasulullah ﷺ bersabda, "Akan ada nanti para pemimpin yang kulit menjadi lunak terhadap mereka, sedangkan hati tidak tenteram, kemudian akan ada pula para pemimpin yang hati manusia gementar kerana mereka dan bulu roma berdiri kerana (takut) kepada mereka." Lalu ada yang bertanya, "Ya Rasulullah apakah tidak diperangi sahaja mereka?" Baginda ﷺ menjawab, "Tidak, selama mereka masih menegakkan solat"." (Hadits Sahih dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1077)
Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesiapa yang memuliakan penguasa (yang dijadikan) Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi di dunia, maka Allah memuliakannya pada hari kiamat dan siapa yang menghinakan penguasa Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi di dunia, maka Allah hinakan dia pada hari kiamat." (As-Sahihah al-Albani 2297)
Rasulullah ﷺ bersabda, "Dengar dan taatilah mereka (pemimpin), baik dalam kesulitan atau kemudahan, gembira dan tidak suka, dan (meskipun) mereka bersikap curang (tidak adil) terhadapmu, walaupun mereka memakan hartamu dan memukul punggungmu." (Hadits Sahih dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1026, dan disahihkan al-Albani)
Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang memisahkan diri dari al-Jamaah dan merendahkan pemerintah maka ia akan menemui Allah Azza wa Jalla dalam keadaan tidak mempunyai muka lagi. (dalam lafazh adz-Dzahabi tidak mempunyai hujjah)." (HR Ahmad 5/387, al-Hakim mensahihkannya, dan disetujui oleh adz-Dzahabi 1/119)
(Tabi'ut Tabi'in) Imam al-Barbahari berkata, Imam Ahmad bin Hanbal berkata, "Dengar dan taatilah para pemimpin dalam perkara yang dicintai dan diredhai Allah! Dan siapa yang diserahi jabatan kekhalifahan dengan kesepakatan dan keredhaan manusia kepadanya, maka ia adalah Amirul Mukminin. Tidak halal bagi sesiapun untuk berdiam satu malam dalam keadaan tidak menganggap adanya imam (pemimpin) baik orang yang soleh ataupun derhaka." (Thabaqat Hababilah 2/21 dan Syarhus Sunnah, hal. 77-78)
Imam al-Barbahari berkata, "Barangsiapa yang keluar (memberontak) kepada imam kaum Muslimin maka ia Khawarij dan sungguh mereka telah mematahkan tongkat kaum Muslimin, menyelesihi atsar, maka mereka mati dalam keadaan jahiliah." (Syarhus Sunnah, hal. 77-78)
Imam al-Barbahari berkata, "Tidak halal memerangi (memberontak kepada penguasa dan keluar (demonstrasi) terhadap mereka, meskipun mereka jahat, kerana tidak ada dalam as-Sunnah (tuntunan dari Nabi dan Sahabat) memerangi penguasa, kerana yang demikian itu mengakibatkan kerosakkan dunia dan agama." (Syarhus Sunnah, hal. 77-78)
Bab 4: Bersabar Atas Kejahatan Penguasa
Rasulullah ﷺ bersabda, "Barang siapa yang melihat pada amirnya terdapat sesuatu perkara yang dia benci, hendaknya ia (tetap) bersabar." (Hadits dalam As-Sunnah Ibnu Abi Ashim 1101)
Rasulullah ﷺ bersabda, "Adapun sesudah itu, sesungguhnya kamu akan melihat sepeninggalku (setelahku) sikap atharah (sombong dan suka melebihkan orang lain selain kamu), maka bersabarlah sehingga kamu berjumpa denganku." (Hadits Al Bukhari dan Muslim)
Bab 5 : Tanda-Tanda Ahli Sunnah
Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, "...Siapa yang mengetahui apa yang dibuang dan ditinggalkan ahli bid'ah dari Sunnah ini dan ia justeru berpegang teguh dengannya, maka ia adalah pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah, dan ia berhak untuk diikuti (diteladani), dibantu, dan dijaga bahkan dia termasuk yang dipesankan oleh Nabi Muhammad ﷺ." (Syarhus Sunnah, 107)
Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, "...Jika kamu lihat seseorang mendoakan kebaikkan untuk penguasa, maka ketahuilah bahawa ia adalah pengikut Sunnah -in syaa Allah-." (Syarhus Sunnah, 116)
Abu Hatim -رحمه الله- berkata, "Jika kamu lihat seseorang mencintai Imam Ahmad ketahuilah ia adalah pengikut Sunnah." (Al-Siyar 11/198)
Dari Ja'far bin Muhammad -رحمه الله- ia berkata, saya mendengar Qutaibah berkata, "Apabila kamu melihat seseorang mencintai ahli hadits seperti Yahya bin Sa'id dan Abdur Rahman bin Mahdi dan Ahmad bin Hanbal serta Ishaq bin Rahawaih -ia menyebut beberapa orang lagi-, maka ketahuilah bahawa ia berada di atas as-Sunnah dan siapa yang menyelesihi mereka maka ketahuilah bahawa ia seorang mubtadi' (ahli bid'ah)." (Al-Lalikai 1/67, no. 59)
Bab 6 : Tanda-Tanda Ahli Bid'ah & Ahwa'
Ayyub as-Sikhtiyani -رحمه الله- berkata, "Saya tidak mengetahui ada seseorang dari ahli ahwa' yang berdebat kecuali dengan perkara (ayat) mutasyabihat." (Al-Ibanah, no. 2/501, 605, 609)
Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, "Jika kamu lihat seseorang mencela salah seorang sahabat Rasulullah ﷺ, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya dia telah mengucapkan kata-kata yang buruk dan termasuk ahli ahwa'." (Syarhus Sunnah, no. 133)
Imam al-Barbahari -رحمه الله- berkata, "Jika kamu lihat seseorang mendoakan keburukkan terhadap penguasa, maka ketahuilah bahawa ia adalah pengikut hawa nafsu." (Syarhus Sunnah, no. 136)
Imam ash-Shabuni -رحمه الله- berkata, "Dan tanda-tanda ahli bid'ah itu sangat jelas kelihatan pada mereka dan salah satu tanda yang paling menonjol adalah kerasnya permusuhan mereka terhadap para pembawa berita dari Rasulullah ﷺ (iaini Ahlul Hadits) menghina dan meremehkan mereka." (Aqidah Salaf Ash Habul Hadits, no. 163)
Dari Qutaibah bin Sa'id -رحمه الله- berkata, "Apabila kamu lihat seseorang mencintai ahli hadits, maka ketahuilah bahawa ia di atas as-Sunnah dan siapa yang menyelesihi perkara ini maka ketahuilah bahawa ia adalah mubtadi'." (Mukadimah Muhaqqiq Kitab Syi'ar Ashhabul Hadits lil Hakim, 7)
Bab 7 : Sebab-Sebab Hilangnya Agama
Abdullah bin Mas'ud -رضي الله عنه- berkata, "Ketahuilah hendaknya jangan seorangpun dari kalian bertaqlid kepada sesiapapun dalam perkara agamamu sehingga (bila) ia beriman, (kalian) ikut beriman, bila ia kafir, (kalian) ikut pula menjadi kafir. Maka jika kamu tetap ingin bertauladan maka ambillah contoh dari yang telah mati, sebab yang masih hidup tidak aman dari fitnah." (Al-Lalikai 1/93, no. 130 dan al-Haitsami dalam al-Majma' 1/180)
Al-Auza'i -رحمه الله- meriwayatkan dari Hassan bin Athiyyah ia berkata, "Tidaklah suatu kaum berbuat satu bid'ah dalam agama mereka melainkan Allah mencabut dari mereka satu Sunnah yang semisalnya dan tidak akan kembali kepada mereka sehingga hari kiamat." (Ad-Darimi 1/58, no. 98)
Abdullah bin ad-Dailami -رحمه الله- berkata, "Sesungguhnya sebab pertama hilangnya agama ini adalah meninggalkan as-Sunnah. Agama ini akan hilang Sunnah demi Sunnah sebagaimana lepasnya tali seutas demi seutas." (Al-Lalikai 1/93, no. 127, ad-Darimi 1/58, no. 97, dan Ibnu Wadhdhah dalam al-Bida' 73)
Abdullah bin ad-Dailami -رحمه الله- berkata, saya mendengar Amru berkata, "Tidaklah dilakukan suatu bid'ah melainkan akan bertambah cepat berkembangnya dan tidaklah ditinggalkan as-Sunnah kecuali bertambah cepat hilangnya." (Al-Lalikai 1/93, no. 128 dan Ibnu Wadhdhah dalam al-Bida' 73)
Dari Yunus bin Zaid dari az-Zuhri -رحمه الله- berkata, "Ulama kami yang terdahulu selalu mengingatkan bahawa berpegang teguh dengan as-Sunnah itu adalah keselamatan dan ilmu akan tercabut dengan segera maka tegaknya ilmu adalah kekukuhan agama dan dunia sedang dengan hilangnya ilmu hilang pula semuanya." (Ad-Darimi 1/58, no. 16)
Bab 8 : Buruknya Ahli Ahwa' & Ahli Bid'ah
Rasulullah ﷺ bersabda, "Akan ada di akhir zaman nanti para dajjal dan pendusta, mereka mendatangimu dengan hadits-hadits yang belum pernah didengar oleh kamu dan bapa-bapa kamu, maka berhati-hatilah kamu dari mereka, jangan sampai mereka menyesatkan kamu dan menimbulkan fitnah terhadapmu." (HR Muslim)
Menjelang wafatnya Hudzaifah Ibnu Yaman, Abu Mas'ud al-Ansari -رضي الله عنه- datang kepadanya lalu berkata, " 'Hai Abu Abdillah (kunyah Hudzhaifah Ibnu Yaman), berpesanlah untuk kami.' Hudzaifah berkata, "Bukankah telah datang kepadamu perkara yang yakin, ketahuilah sesungguhnya kesesatan itu benar-benar kesesatan, jika kamu anggap ma'ruf (baik) apa yang sebelumnya kamu ingkari, dan mengingkari apa yang telah kamu ketahui, berhati-hatilah kamu dari sikap berbeza-beza (berganti-ganti) dalam agama Allah, kerana sesungguhnya agama Allah ini hanya satu." (Al-Hujah fi Bayanil Mahajjah 1/33 dan al-Lalikai 1/90 no. 120)
Muadz bin Jabbal -رضي الله عنه- berkata,
"Hai manusia, sesungguhnya akan berlaku fitnah yang pada waktu itu harta benda berlimpah, Al-Qur'an terbuka (tersebar) hingga mudah dibaca oleh seorang mukmin, munafik, lelaki dan wanita, anak-anak kecil mahupun orang dewasa sehinggakan seseorang berkata, 'Kita telah membaca Al-Qur'an tetapi tidak ada yang mahu mengikuti, tidakkah sebaiknya kita bacakan secara terang-terangan kepada mereka?' Maka mereka membacanya secara terang-terangan dan tetap tidak ada satupun yang mengikutinya maka ia berkata, 'Saya telah membacanya secara terang-terangan tidak ada juga yang mengikutiku.' Lalu ia membina tempat solat di rumahnya, lalu mengucapkan perkataan bid'ah yang bukan dari Kitab Allah bahkan tidak juga dari Sunnah Rasulullah ﷺ, maka berhati-hatilah kamu dari bid'ahnya kerana sesungguhnya bid'ah itu sesat." (Al-Lalikai 1/89 no. 117, Al-Hujah 1/303, Ibnu Wadhdhah 33, dan Abu Daud 4611)
Bab 9 : Peringatan Tentang Bahayanya Duduk Dengan Ahli Bid'ah & Ahli Ahwa' Serta Bergaul & Berjalan Bersama Mereka
Al-Fudhail bin Iyyadh رحمه الله berkata, "Sesiapa yang duduk dengan ahli bid'ah maka berhati-hatilah darinya dan sesiapa yang duduk dengan ahli bid'ah tidak akan diberi al-Hikmah. Dan saya ingin jika di antara saya dan ahli bid'ah ada benteng dari besi yang kukuh. Dan saya makan di sebelah Yahudi dan Nasrani lebih saya sukai daripada makan di sebelah ahli bid'ah." (Al-Lalikai 4/638 no. 1149)
Hanbal bin Ishaq رحمه الله berkata, saya mendengar Abu Abdillah (Imam Ahmad bin Hanbal) رحمه الله berkata, "Tidak semestinya seseorang itu bersikap ramah kepada ahli bid'ah, duduk dan bergaul dengan mereka." (Al-Ibanah 2/475 no. 495)
Dari Habib bin Abi al-Zabarqan رحمه الله ia berkata, Muhammad bin Sirin رحمه الله apabila mendengar ucapan ahli bid'ah, menutup telinganya dengan jarinya kemudian berkata, "Tidak halal bagiku mengajaknya berbicara..." sehingga iapun berdiri dan meninggalkan tempat duduknya. (Al-Ibanah 2/473 no. 484)
Seorang ahli ahwa' berkata kepada Ayyub al-Sikhtiyani رحمه الله, "Hai Abu Bakar, saya ingin bertanya satu kalimat." Beliau berkata --sambil berisyarat dengan jarinya--, "Tidak, meskipun setengah kalimat, tidak meskipun setengah kalimat..." (Al-Ibanah 2/447 no. 402)
Imam al-Barbahari رحمه الله berkata, "Perumpamaan ahli bid'ah itu seperti kalajengking, mereka menyembunyikan kepala dan badan mereka di dalam tanah dan mengeluarkan ekornya, maka jika mereka telah mantap dengan kedudukannya, mereka menyengat mangsanya. Demikian pula ahli bid'ah, mereka menyembunyikan diri mereka di tengah-tengah manusia lalu apabila mereka telah mantap dengan kedudukannya, mereka sampaikan apa yang mereka inginkan." (Thabaqat Hanabilah 2/44)
Faedah dari Kitab:
لم الدر المنثور من القول المأثور
في الاعتقاد و السنة,
karya Syaikh Jamal Farayhan al-Harithi, terjemahannya telah dimuroja'ah oleh al-Ustadz Muhammad as-Sewed.
WhatsApp طريق السلف
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf
DENGARKAN KAJIAN LENGKAPNYA DI LINK BERIKUT