Atsar.id
Atsar.id oleh Atsar ID

hukum kaedah penyembelihan dengan mesin

8 tahun yang lalu
baca 3 menit

Hukum Kaedah Penyembelihan Dengan Mesin


Apa hukum penyembelihan dengan mesin potong? Cara kerja alat ini, menyembelih puluhan ayam dalam sekali waktu, dengan sekali bacaan bismillah. Berikutnya, jika ada satu orang menyembelih dengan tangannya beberapa ekor ayam, apakah cukup hanya dengan sekali membaca basmalah, ataukah diwajibkan membaca basmalah untuk setiap binatang yang disembelih?

Jawab:

Pertama:
Boleh menyembelih dengan mesin potong moden, dengan syarat pisaunya tajam, dan dapat memotong tenggorokan dan kerongkongan.

Kedua:
Jika alat ini boleh menyembelih beberapa ekor ayam dalam sekali waktu secara bersambung, maka bacaan basmalah boleh diucapkan hanya sekali baca saja;
👉🏻 dari orang yang menjalankan alat itu,
👉🏻 dibaca persis ketika dia memulakan menjalankan (proses pemotongannya),
👉🏻 disertai niat menyembelih,
👉🏻 dan dengan syarat, orang yang menjalankan alat ini adalah seorang Muslim atau ahli kitab (Yahudi atau Nashrani).

Ketiga:
Apabila seseorang menyembelih dengan tangannya, maka membaca basmalah wajib dilakukan untuk setiap ekor ayam yang hendak disembelih. Kerana masing-masing ayam hakikatnya disembelih sendiri-sendiri.

Keempat:
Haiwan tersebut wajib disembelih tepat pada bagian pemotongan (iaitu leher), dan harus terpotong kerongkongan serta dua urat leher atau salah satunya.

(Fatwa Al Lajnah Ad Daimah 22/463)

ما حكم الذبح الآلي ؟ وهو أن تذبح الآلات في وقت واحد عشرات الدجاج بتسمية واحدة طبعا ، وإذا كان شخص واحد يذبح بيده كمية كبيرة من الدجاج فهل يكفيه تسمية واحدة أم يجب أن يسمي على كل واحدة بعينها ؟
الجواب : أولا : يجوز الذبح بالآلات الحديثة بشرط كونها حادة ، وأن تقطع الحلقوم والمريء .
ثانيا : إذا كانت الآلة تذبح عددا من الدجاج في وقت واحد متصل فتجزئ التسمية مرة واحدة ممن يحرك الآلة حين تحريكه إياها بنية الذبح بشرط كون الذابح المحرك مسلما ، أو كتابيا .
ثالثا : إذا كان الشخص يذبح بيده فيجب أن يسمي تسمية مستقلة على كل دجاجة يذبحها لاستقلال كل دجاجة بنفسها .
رابعا : يجب أن تكون التذكية في محل الذبح ، وأن يقطع المريء والودجان ، أو أحدهما .
بكر أبو زيد ... صالح الفوزان ... عبد الله بن غديان ... عبد العزيز بن عبد الله آل الشيخ" انتهى من "فتاوى اللجنة الدائمة" (22/ 463)

(Faedah ilmiah dari al-Akh Abdul Wahid bin Faiz at-Tamimi di WhatsApp طريق السلف)

WhatsApp طريق السلف 📚
www.thoriqussalaf.com
telegram: http://bit.ly/thoriqussalaf
Oleh:
Atsar ID